Skip to main content

HIKING -HOBI BARU KE?

HIKING -HOBI BARU KE?

Dari rumah sewa lama aku, Kawasan Melayu PJ Old Town, Bukit Gasing kelihatan begitu dekat. Apa taknya, aku tinggal kat PJ Oldtown je. Memang jiran Bukit Gasing lah.

Aku dengar ada aktiviti outdoor yang menarik kat Bukit Gasing. Ramai orang pergi untuk reaksi. Mereka berjalan menaiki bukit tu sehingga berjumpa menara pandang dan mengambil gambar di sana. Kalau tanya Encik Google memang cantik lah gambar-gambar yang dipaparkan. Memang best je tengok. Nature sangat. Akitiviti yang lazim kat Bukit Gasing ni dipanggil “Hiking” yang lebih dikenali jungle trekking juga.

Selama ni aku tak pernah ambil tahu apa kah kebaikannya aktiviti Hiking ni. Aku pernah menonton drama Korea yang mana seorang CEO sebuah syarikat tu hadapi masalah dan pergi hiking untuk release tension. Bagi aku, aktiviti yang pelik. Cuma memenatkan diri sendiri dan membahayakan diri nak berjalan masuk dalam hutan.
Namun aku baru tahu (setelah HIKING 3 kali) kalau Hiking ni adalah kegiatan yang bagus untuk mendapatkan latihan yang sihat sambil menikmati alam. Jika Anda bosan dengan gym atau bosan dengan jogging, cubalah hiking.

Apakah HIKING?

Hiking ni maksudnya dalam bahasa Melayu sebagai “mendaki”. Perkataan HIKING juga berasal dari kata kerja to hike, yang bererti berjalan. Hiking didefinasikan atau merupakan sejenis aktiviti perjalanan penjelajahan lasak yang memerlukan peneraju aktiviti ini untuk berjalan, diatas binaan alam semulajadi, atau lebih tepat lagi mengikut aliran trail dakian,  menaiki- menuruni bukit, melompati parit, menyeberang sungai, menyentuh rumput- tanaman- pasir, memanjat, merayap, mendaki, dan turun tebing. Aktiviti ini sangat sinonim dilakukan dikawasan berbukit-bukau, bergunung-ganang, berlembah atau bergenting tinggi yang berbatu, berpasir, atau bertanah alun.
Pada dasarnya hiking adalah berjalan kaki di alam terbuka yang dapat dilakukan oleh siapa saja baik kanak-kanak, remaja, mahu pun orang tua. Hiking dapat dilakukan secara perorangan atau berkelompok. (sumber dari internet)

Untuk beginner seeloknya berkumpulan. So kalau dah tahu nak pergi hiking tu kena lah pakai pakaian yang sesuai, berkasut, bawa air dan sedikit makanan.

Ohh.. OK, baru tahu. So, selama ni aku round kampung aku masuk hutan keluar hutan naik bukit turun bukit tu kira Hiking lah tu. Kiranya aku dah pernah Hikking sebelum ni ” Hikking kat Bukit Kg Lok Kawi Baru”.

Manfaat HIKING?

Nilai kebaikan kesihatan dari aktiviti mendaki adalah berbagai bergantung kepada jenis dakian yang dijalankan, ada pendaki yang boleh menerima kesan positif ketika dan sesudah melakukan aktiviti dakian, namun ada juga mendapat kesan negetif.  Yela, antara kesan negatifnya mungkin seperti cedera.
Ternyata, aktiviti Hiking ni ada manfaatnya. Dari pada hobi ia juga memberi manfaat yang bagus untuk diri dan tubuh sendiri. Antara manfaatnya, mengikut Encik Google dan dipersetuji oleh aku:-

1. Menurunkan berat badan
2. Menurunkan tekanan darah tinggi
3. Mengurangi risiko terkena serangan jantung
4. Mencegah osteoporosis dengan meningkatkan kerapatan tulang
5. Meningkatkan dan memelihara kesehatan mental
6. Memperlambat penuaan
7. Meningkatkan kualiti  udara yang kita hirup

So, apa lagi. Jom hiking.




Comments

Popular posts from this blog

CERITA AKU :UDANG LIPAN??

Hi ..salam.  Cerita aku kali ini adalah tentang udang Lipan. UDANG LIPAN. Pelik sebab ini pertama kali aku tahu dan melihat udang Lipan.Hujung kepalanya macam kepala lipas dengan kaki lipas aku tengok.Hahha  Aku ke pasar malam Kerinchi dan aku memang suka pergi ke bahagian barangan basah. Aku selalu cukup tertarik melihat ikan-ikan yang segar, udang, sotong dan ketam. Ikut hati rasa nak beli semua.Hahaha.. dan tiba -tiba aku terlihat spesis yang pelik sedang di jual. "bang ini apa..?" "ini namanya udang Lipan dik?" "udang Lipan. adakah.Tak pernah dengar pun, tak pernah jumpa kena jual?" "ada, ada jual tapi jarang lah.susah nak jumpa." "ohh..sedap ke....?"banyak betul aku nak tanya .."dear, ling nak try lah.."aku tanya pendapat my dear. "up to you.." jawabnya,turut tertarik melihat spesis udang Lipan ni.  Aku bukan apa. Macam best pula nak try sesuatu yang baru. Kalau tak boleh makan tak kan dia jua...

SOGIT KAMPUNG DUSUN TATANA

SOGIT KAMPUNG SOGIT ni dikenakan apabila seseorang itu telah melanggar peraturan atau pantang larang yg telah ditetapkan oleh sesebuah kampung. Setiap kampung kadang - kadang berbeza cara SOGIT itu dikenakan. Hanya ketua kampung yang layak menjatuhkan hukuman/ SOGIT mengikut hukum adat. Hukuman yg berat boleh dijatuhkan oleh mahkamah anak negeri saha ja jika kes tersebut tidak di bawa ke mahkamah. Contoh - contoh kes :  Kes - kes  yg boleh dikenakan sogit adalah seperti berikut  : 1. mencuri hasil tanaman/ ternakan 2. merosakkan tanaman 3. membunuh haiwan ternakan ( kalu kedapatan bunuh ayam sabung yg banyak kali menang pun kana sogit juga...hehehehe) 4. mengacau anak dara orang ( pelaku ) 5. merogol dengan paksa atau suka sama suka ( kana tobuk tupai dan sekali kedapatan jeng...jeng...jeng... kawin lah ) 6. Tumbuk dengan orang yang tidak bersalah  Sogit kawin bersaudara/1st cousin/2nd cousin/3rd cousin : kalau anak kakak kandung , anak adik , anak abang...

MIMA LAND-THE ABANDONED WATER THEME PARK

MIMA LAND-THE ABANDONED WATER THEME PARK -syarikat MAGNUM COPERATION...Owner Tan Sri tuttt…Anak Syarikat Melayu- Tahukah anda ? Negara kita pernah memiliki sebuah taman rekreasi yg cukup popular dan terkenal pada era 1980-an yang dikenali sebagai Taman Tema Mimaland dan kini hanya tinggal sejarah. Hanya tinggal tapak dan bekas-bekas kewujudan dan terus pudar daripada ingatan ramai selepas ditutup sepenuhnya. MIMA LAND.. Alkisahnya. Aku terdengar ada satu taman tema lain yang agak popular selain Sunway Lagoon dan berniat kononnya hendak bertandang (sedangkan Sunway Lagoon pun tak masuk lagi..). Aku pun tidak lagi ingat lagi bagaimana aku dapat tahu tentang kewujudan Mima Land yang pastinya aku bukannya tahu kewujudaan Mima Land selepas disenaraikan sebagai tempat seram. Sama sekali tidak. Barangkali kerana aku pernah menonton drama Gila-gila remaja tu jadi berpendapat Taman tu masih wujud. Hihi.. Macam biasa kena tanya Mr. Google. Search di Google dan hasil carian, Mim...