BUKIT APEX a.k.a BUKIT APEK A.K.A Bukit putih-Hiking
Aku
decided kena rajin hiking memandangkan expedisi mendaki kinabalu cuma dua bulan
lagi. Sekarang dah Mac. Climbing Kinabalu maountain due on 7/5/2015. Pheew.
Teruknya aku .Bukit Gasing dua kali naik pun tak lepas. So ajakan Anna
Maria, yang aku kenal semasa trip ke
Genting Highland menerusi pakej Percutian Jimat, yang aku tengok kaki hiking,
panjat-panjat bukit dan yang berkenaan dengan nya, bawa aku join aktiviti dia, bagaikan
pucuk di cita ulam mendatang.
Lokasi
kali ini Bukit Apex kat Cheras Arwana. Jadi aku pun google memandangkan pertama
kali dengar nama Bukit ni. Hasilnya. Wow. Ada waterfall. So biarlah aku bagi
pengenalan. Bukit Apex ni di kenali juga sebagai Bukit Apek dan Bukit Putih.
Khabarnya dulu orang cina je selalu naik sini sebab tu jadi nama Bukit Apek.
Asal usul nama Bukit Apex dan Bukit Putih pula tak tahu, tak de sumber
rujukan.Hee..Malah Bukit Apex ni bersambung dengan Bukit Saga. Bukit Saga,
recently aku dengar sebab ada yang ajak naik tapi masa tu aku tak de confident.
Tapi, menurut geng hikikng Maria ni. Bukit Saga tu lagi lagi sengsara nak naik
banding Bukit Apex ni.Oww.Tapi aku kena juga naik lepas ni rasanya. Kata orang
nak naik Gunung Irau, test naik Bukit Saga.Kalau lepas.Gunung Irau pun
lepas.Errk..hampir lari topik pula.
So,
Maria kata ada dua orang makcik stay kat Sg. Way nak join. So, memandangkan aku
takde transport, kiranya nak suruh aku tumpang mereka. Maria kata, makcik atau
lebih mesra panggil kakak lah kan. Kak Jack dan Kak Shima kata ok. Boleh pick
up aku. So , Maria kata pagi esok je call mereka memandangkan jam dah 1 am. Aku
tidur-tidur ayam excited punya pasal. Bangun je leher sakit. Terkehel time
tidur. Jam 6 pagi aku bangun and mesej. Tunggu –tunggu takde reply. Aku tidur
balik and bangun jam 7.15am. Aku bersiap je.Tetiba jam 7.45am Kak Jack call.
Tanya lokasi aku. Kelam kabut juga lah aku.Hee
Jam
7.50 kak Jack dan Kak shima datang pick up aku. Nasib baiklah rumah aku senang
kat tepi jalan je. So, bagi landmark je. Bangunan UOB bank coz rumah aku
belakang area tu. Haha..pada mulanya kecut perut juga, semacam garang je Kak Jack tu on the phone. Ni kan first time
jumpa. Sebaik jumpa mereka
berdua, aku mendapati mereka ni makcik
yang aktif bersosial. Kaki panjat bukit, gunung. Kak Jack, kaki rider lagi.Whoo, tengok dressing and
body slim tu pun dah tahu.
“Kate,
tahu jalan ke. Kata tau jalan..”tanya kak Jack.
“Eh..tak
delah. Saya pun tak tau..” balas ku. Cheras Arwana pun first time dengar.Hee.
So kak Jack terus saja memacu kereta menuju ke tempat berkumpul, Petronas Batu
7.
Sebaik
jumpa Maria and the geng di Petronas Batu 7,
perjalanan diteruskan ke lokasi
hendak dituju, Bukit Apek@ Bukit Apek@ Bukit Putih. Bila tiba, memang banyak kereta parking kat
tepi jalan. So, kitaorang pun parking kat tepi jalan dan berjalan kaki masuk.
Sama macam Bukit Gasing, kena melalui kawasan housing. Entrancenya takde any signboard or into
gerbang.Masuk je denai kecil terus saja laluannya mendaki bukit . Ada seorang
uncle cina tiba-tiba join, orang kawasan tu juga kot. Dengan bersinglet putih,
seluar pendek, berkasut adidas kampong dan bawa kayu panjang sebagai tongkat , beliau
bagaikan guide kami. Sportingnya.
Sebaik meniti denai kecil, terus saja memanjat
bukit tinggi. Pheww, memang tabik dan bagi rewards kat aku sebab mula-mula aku
expect aku akan pancit di awal pendakian ni kerana terus je mendaki tapi aku
dapat berjalan di hadapan dengan steady sampai ke check point yang pertama. Mungkin
kerana sebab trek mendaki ni ada tali. Aku memang berpaut pada tali untuk naik.
Berdasarkan pengalaman dua kali naik ke Bukit Gasing, dari entrance dan sampai
satu stage tu iaitu Menara Tinjau aku akan rasa nak pitam, mengantuk, mual dan
muntah. Selepas mengalami hal biasanya baru aku akan steady selepas tu.
Setelah
berehat seketika dan menikmati suasana, kena pilih dua jalan. Terus atau belok
kiri. Ketua group “kak long kawasan” gurau mereka. Di digelar begitu kerana dia
pernah mnaik bukit ni. Dia memilih
laluan belok ke kiri berdasarkan nasihat uncle cina tu yang nak bagi kitaorang
tengok pokok besar. Terus mendaki lagi. Laluan agak curam seperti yang tadi dan
rasa nya inilah saatnya. Sebaik tiba di atas, ada tanah rata. Berhenti rehat.
Terdapat dua simpang lagi. Aku tiba-tiba
rasa mengantuk nak pitam pun ada dan mual.
Mereka mulai bergerak ke laluan kiri.
Aku bagi mereka jalan dulu. Dua orang , Kak long kawasan dan _____tunggu
aku. Aku muntah air tiga kali sebab aku minum air tadi. Bermakna ini wajib
terjadi kata aku .Kenapa wajib, sebab dua kali aku naik Bukit Gasing, hal ni juga
terjadi kat aku.
Beberapa
minit kemudian aku ok dan meneruskan perjalanan. Kebetulan menuruni bukit so
lebih buat aku ok dan lebih bersemangat. Jumpa poko besar tumpang. Berhenti
untuk take picture. Perjalanan diteruskan lagi.
Tadaaa. Waterfall. Kami tak lepaskan peluang untuk ambil gambar.Aku
memang excited gila. Tak sia-sia aku datang.
Puas
bermain air, langkah kaki diteruskan. Mendaki. Aww..letihnya tapi Cuma letih
dan kaki tak berdaya. Take a rest, sembang-sembang dan jalan lagi. Jumpa dua
simpang. Belok kiri lagi, jalan menurun.Finally jumpa big tree yang uncle tu
beria-ia nak bawa kitaorang tengok.Amboi, semua sakan nak bergambar dengan pokok
tu.
“
Dah..dah..jom jalan nanti starbucks kat atas tu tutup pula. Tapi jangan risau
lah 7Eleven pun ada kat atas. Nanti kita nak pergi gym lagi kat atas tu ada
gym..” ujar Esham. Aku tersenyum-senyum. Ye..ye lah tu dalam hutan ada benda
cam tu. Saja je nak gula-gulakan supaya semua bergerak cepat kot.
Dah agak-agak kaki manja terlalu lama rehat, kembali
melangkah, naik balik dan masuk laluan arah kiri.Kalau kanan tu jalan kitaorang
datang tadi. Jalan punya jalan jumpa simpang lagi.Uncle kata ikut kanan. Jumpa
jalan nak nak keluar. Dah salah. Naik balik dan jalan terus. Aku tercari –cari
kayu buat tongkat. Tak jumpa. Kak Shima jumpa kayu dan bagi aku buat tongkat. Sangat
membantu tongkat ni. Jumpa bukit curam aku totally berpaut pada tongkat.
Rupanya penting betul tongkat ni. So, nanti naik kinabalu aku kena ada tongkat
yang sama tinggi dengan aku. Rehat lagi Sembang-sembang. Memang santai.Setelah
stamina dah ok, perjalanan diteruskan. Siap terserempak scorpion lagi. Ni kali
pertama aku nampak scorpion yang besar, real. Warna kehijau-hjauan gelap.
Masing-masing ambil gambar scorpion tu, termasuk aku.Haha. Selesai je jadi
photographer, perjalanan diteruskan. Jalan dan terus jalan sehingga lah yeahh. Sampai
puncak level 5. Cuma ada satu uncle yang buat jualan kat sana. Ni lah dia
starbucks 7 Eleven seperti yang mereka katakan tadi . Haha. Kat sini rehat lagi
dan beli air.Aku beli 100% dua paket kacang.
Katanya
lepas ni santai. Yang lain sudah duluan ke depan . Aku dan kak Shima tertingakl
kat belakang. Jumpa simpang dua lagi. Tak tau mana nak masuk kanan atau
kiri.Kami cuba bertanya orang yang keluar dari lorong kiri kalau ada
terserempak beberapa orang berbaju purple. Kata mereak tak de so memang sure
diorang masuk lorong Kanan. Kami masuk lorong kanan dan ya.Memang diorang kat
sana. Katanya sekarang nak meuju ke level 3.Dah menurun.Fuh curam amat dan
sangat panjang.Asyik turun je. Kaki pun sakit. Sorang kata nanti balik lalu jalan ni.Arkh.Then Kak Long
kawasan..haha kata tak, sekarang ni dah terus turun tak naik lagi. Puhh.
Selamat. Serius ni terlalu curam.
Akhirnya
kami jumpa level A33. Wow.Sampai kat sini rehat lagi.Inilah mini gym tu. Mereak
mula buka bekalan. Abang Sham keluarkan penunu bunsennya dan menjerang air nak
buat Nescafe. Aku ingat mereka bergurau dlama beg diorangtu ada nasi lemak then
nannti nak buat Nescafe.Rupanya betul belaka. Haaha..So kami menghansikan masa
sanatai lama sangat kat sni untuk menikmati mini gym yang ada. Sesi bergambar,
aku tergelincir pijak akar poko besar yang menonjol keluar. Sakit , takk boleh
nak stand tapi buat steady.Agak-agak dah puas. Kami kembali berjalan. Terus
menuruni cerun bukit. Sekali lagi menuruni cerun yang curam dan panjang. Oh
waw..ini kalau naik memang tak daya lah. Jumpa check point lagi. Kalini ada
toilet.Adad meja dapur dan anak sungai. Ada tokong untuk sembahyang. Kami rehat
lagi .Setelah selesai kami kembali mendaki dan mengharungi rintanagn kayu
besar.Hha..Kemudian terusn menurun. Lagi sekali curam. Tadda. Akhir nak turun
kat check point pertama. Erk.Tadi kami ambil laluan kanan tak naik kat sini
Memang nasib baik lah. Rasanya next ti e naik start kat sini pula. Barulah
menguji stamina habis. Kami berhenti lagi Menarik udara segar sebelum
melangkah. Kena mendaki sedikit lagi.
Kami
terus mendaki bukit terakhir dan terus berjalan dan terus berjalan..Jumpa dua
lorong kena masuk lorong kanan. Jalan lagi dan turun kat lorong kiri. Kakak
yang lain memilih ikut Korong kanan yang mana kedua-duanya jalan yanbg bertemu
kat bawah. Aku turun ikut lorong curam yang kitaorang naik tadi coz ada tali
Senang nak berpaut. Kami tiba di lorong
denai pada permulaan. SO, Bearakhirlah hiking kami pada hari ini. Matahri dah
tegak, Jam 1.30pm. Kami pun bersurai mengikut hala masing-masing. Aku kak shima
dan Kak jack lunch di kerinci sblm hantar aku pulang .Aku sampai kat rumah jam 3.30pm.
Comments
Post a Comment