-syarikat MAGNUM COPERATION...Owner Tan Sri tuttt…Anak Syarikat Melayu-
Tahukah anda ? Negara kita pernah memiliki sebuah taman rekreasi yg cukup popular dan terkenal pada era 1980-an yang dikenali sebagai Taman Tema Mimaland dan kini hanya tinggal sejarah. Hanya tinggal tapak dan bekas-bekas kewujudan dan terus pudar daripada ingatan ramai selepas ditutup sepenuhnya.
MIMA LAND..
Alkisahnya. Aku terdengar ada satu taman tema lain yang agak popular selain Sunway Lagoon dan berniat kononnya hendak bertandang (sedangkan Sunway Lagoon pun tak masuk lagi..). Aku pun tidak lagi ingat lagi bagaimana aku dapat tahu tentang kewujudan Mima Land yang pastinya aku bukannya tahu kewujudaan Mima Land selepas disenaraikan sebagai tempat seram. Sama sekali tidak. Barangkali kerana aku pernah menonton drama Gila-gila remaja tu jadi berpendapat Taman tu masih wujud. Hihi..
Macam biasa kena tanya Mr. Google. Search di Google dan hasil carian, Mimaland rupanya ia tinggalan lama dan hanya tinggal sejarah. Memandangkan aku pernah terniat nak pergi, memang hati terpanggil untuk melawat kawasan tinggalan lama yang bersejarah ni. Pelik. Aku tertarik dengan cerita tentang mimaland, kisah zaman kegemilangan sehinggalah taman tema tu akhirnya di tutup.
Bagaikan pucuk di cita ulam mendatang. Aku ternampak trip ke Mima Land yang di anjurkan oleh En. Itek Kejam menerusi fb HACAM [Hiking and Camping Around Malaysia]. Tengok kat FB tu ada yang sokong dan teruja ada yang kecam. Macam-macam lah.Hihi.
Dalam nak tak nak, tak pasti nak pergi ke tidak, aku menghubungi Itik Kejam. Well, for your info, after habis trip, aku tanya Angah Tiger or Angah Gay, nama yang diperkenalkan Itik kejam, salah seorang crew trip ni..” tak hot kah since taman ni dah close and di larang masuk?” Katanya ini trip kedua last sebelum nak close untuk redakan keadaan. Fuhh. Nasib baik aku sempat. Jenggg. Pertanyaan lain biar aku hadam je lah kan. Bila kau tanya siapa owner tempat ni, Itik Kejam cakap Tan Sri Tutt..ehh.. tapi anak syarikat orang Melayu. Ermm..patutlah…kenapa patutu..kot2 konspirasi..haha…it only my thinking ok..
Bagaimana dan sebab apa Itik Kejam dapat masuk taman ni aku tidaklah nak korek sangat. Cukup lah aku tau diorang pernah buat shooting filem “Ia wujud” [kisah seram di Mima Land setelah terbiar] dan agak geng dengan penjaga the abandoned Mima Land ni. Yang penting, aku berpeluang melawat ke Mima Land versi terbiar ni.
Fakta tentang Taman Tema Mimaland :
i) Taman Tema Mimaland singkatan dari perkataan Malaysia In Miniature Land;
ii) taman rekreasi yg cukup popular dan terkenal pada era 1980-an
iii) dibina pada tahun 1971 disebuah kawasan berbukit seluas 300 ekar di Ulu Gombak, Kuala Lumpur
iv) Logo yg digunakan utk Mimaland ialah sekuntum bunga raya iaitu bunga kebangsaan negara kita;
v) pembinaan taman rekreasi ini dijalankan mengikut fasa & dibuka secara berperingkat-peringkat;-
a) Fasa pertama Mimaland yang siap dalam tahun 1970-an mengandungi 24 buah motel dan 5 buah chalet serta sebuah kolam renang. Antara tarikan utama Mimaland pada peringkat awalnya ialah 'taman haiwan prasejarah' yang mengandungi binaan model-model dinosaur bersaiz besar yang begitu mengagumkan para pengunjung ketika itu. Beberapa buah filem tempatan pernah membuat penggambaran di situ;-
1. 1980 - Filem Tuan Besar, antara filem tempatan terawal yang membuat penggambaran di Mimaland. Kelihatan pintu gerbang Mimaland dengan logo Bunga Raya, dan adegan pelakon Rahim Jailani dan Fauziah Ahmad Daud sedang melawat taman haiwan prasejarah. Juga kelihatan tasik tempat Azroy dan Suzana bersampan dalam filem Gila-Gila Remaja lima tahun kemudian.
2. 1983 - Filem Mekanik, dimulakan dengan ucapan terima kasih kepada Mimaland. Taman haiwan prasejarah sekali lagi menjadi lokasi pilihan, kali ini untuk menggambarkan babak fantasi zaman batu lakonan Azmil Mustapha dan Julie Faridah (yang kelihatan di situ sedang membasuh buah betiknya sambil ditemani oleh dinosaur yang jinak)
3. 1985 - Filem Gila-Gila Remaja mempunyai banyak dialog kegemaran ramai, antaranya ialah: "Esok jangan lupa, Mimaland!" yang diucapkan oleh pelakon Faizal Hussein. Lokasi tasik menjadi pilihan untuk babak lagu selingan, dan selepas itu Azroy dan Suzana singgah minum di restoran tepi tasik. Kelihatan pekerja di tempat sewa sampan itu memakai t-shirt seragam yang bertulis Mimaland.
4. 1987 - Filem Tempo '88 memilih lokasi penting di Mimaland iaitu kawasan kolam renang terbesar di Asia Tenggara dan papan luncur air gergasi yang menjadi punca berakhirnya era Mimaland enam tahun kemudian. Dua orang pelakon tidak terkenal berlegar-legar di situ dalam sebuah babak mengarut yang diakhiri dengan aksi tipikal, iaitu seseorang perlu jatuh ke dalam kolam renang, dan semestinya orang yang ingin menolongnya juga akan terjatuh sama. Sangat filem Melayu 80-an.
b) Pada 1984 Mimaland memperkenalkan pula satu lagi tarikan terbarunya iaitu kolam renang yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara, dan semestinya papan luncur air gergasi yang sangat tinggi yang begitu digemari oleh ramai pengunjung. Selain itu Mimaland juga mempunyai beberapa lagi bahagian lain, antaranya ialah sebuah tasik untuk aktiviti bersampan dan memancing, kawasan 'giant maze', serta kawasan untuk merentas rimba.
Insiden penutupan MIMA LAND
Pertama, kemalangan di kawasan papan luncur air gergasi Mimaland pada Januari 1993 yang menyebabkan seorang warganegara Singapura berusia 27 tahun maut.
Kedua, tanah runtuh mengakibatkan kerosakan pada dinding kolam renang sama pada Mei 1994.
Fakta atau Auta tentang Taman Tema Mimaland
CERITA SEBENAR MIMALAND DITUTUP BUKAN SEPERTI APA YANG TERSEBAR.
-terpaksa ditutup pada tahun 1994.
Apa yang tersebar selama ini, katanya Mimaland mula di sahkan tidak selamat selepas insiden kemalangan maut mahupun bencana tanah lumpur memasuki kolam renang. Dari page FB Mimaland ada membongkarkan kisah sebenar penutupan Mimaland. Menurut bekas staff Mimaland, Mimaland [sila rujuk FB Mimaland] ianya bukannya ditutup kerana faktor insiden tersebut sahaja namun sebaliknya untuk memberi laluan kepada projek padang golf & kondominium tapi projek tu pun tak jadi dan membuatkan tapak mimaland terus terbengkalai macam tu je sampai sekarang.
Unsur Mistik
Namanya pun dah hutan . malah suatu masa dulu pernah ada hidupan di sana , tak dinafikan ada. Namun setelah lama ditutup beberapa aktiviti dan shooting juga dilakukan di kawasan Mimaland seperti
i) Filem Sniper arahan Pierre Andre antara yang membuat penggambaran di Mimaland. Keratan akhbar mengenai pengalaman barisan pelakon juga mendedahkan pengalaman ngeri seperti mendengar suara perempuan menyanyi di tasik Mimaland, selain ada pelakon yang kerap terseliuh kaki.
ii) Ia wujud
iii) Malah, 2 tahun lalu, penjelajahan basikal Lost World of Mimaland Mini Jamboree juga dianjurkan Kelab Berbasikal Alternatif Gombak (ACCG). Ia menarik minat 800 peserta yang meredah kawasan tidak berturap di Mimaland, mendaki laluan tidak rata dan anak sungai.
Well masa sampai rasa biasa saja. Bila masuk pejabat yang telah di bakar isinya tiada rasa apa tapi masuk rumah pertama tiba2 meremang bulu roma..sampai keluar pun masih rasa..dalam laluan. yes.sekali sekala terasa. Mudah-mudahan mereka aman di sana. Palisss2 jauh
Comments
Post a Comment