BUKIT GASING (PART 1)-HIKKING for 1st
time.
Tetiba
rasa nak pergi Hiking. So, aku ajak seorang
teman yang pernah naik. Malam hari jumaat aku bawa teman aku tidur kat rumah
memandagkan Bukit Gasing dekat denagn rumah aku, jadi esok paginya hari sabtu, boleh terus
pergi. Nak pergi hari Ahad. Aku tak larat. Ahad hari rehat aku.
Fuh, ku kira dekat. Memang dekat pun di
pandangan mata. Kami berjalan kaki. Masing-masing takde transport. Bas ada tapi
kalau naik bas tak sure nak turun kat mana. Kawan aku pun 1st time pergi
naik kereta, kawan dia yang drivernya. Aduh.
Ingat main redah je, boleh jumpa. Aku try
guna google maps. Huh..jauhnya kena patah balik dan berjalan masuk ke jalanraya besar, ikut sepanjang Jalan
Gasing sebelum jumpa simpang yang terpampang signboard “Selamat datang ke Pusat
pendidikan Bukit Gasing”. Fuhh..berpeluh juga. Rupanya selepas masuk simpang
jalan tu kena jalan lagi jauh ke dalam. Siap sesat lagi ikut Google Maps atau
aku yang salah masuk simpang jalan sebab tiba-tiba navigation tak bergerak.
Data line aku habis kot. Kita orang tengok ada orang yang datang dari arah itu
so beranggapan kat sana adalah jalan masuk dan keluar. Sebenarnya tak salah pun.
GPS tu bawa masuk jalan masuk Bukit Gasing yang melalui belakang rumah orang. Tapi,
kitaorang mana lah berani masuk lorong tu. Rumah besar-besar, rumah orang
kaya-kaya kat kawasan tu. Teman aku kata. “Nanti kena tembak, ingat kita
penceroboh” katanya. Aku tergelak .Dengan
rasa penat dan dah tak larat, terpaksa patah balik dan kali ni jalan terus ke
depan. Ceh. Sepatutnya tadi belok kanan tapi kitaorang belok kiri. Terpampang
entrance , ada pintu gerbang lagi dan lebih ramai orang berdiri, keluar masuk
kat sana.
So,kiranya baru
bermulalah aktiviti Hiking yang sepatutnya. Melangkah masuk je, rasa damai.
View yang cantik. Rasa tenang je menikamti udara segar dan kehijauan. Melintasi
jambatan dan mulai mendaki bukit. Pada mulanya aku kelihatan tenang dan
tiba-tiba aku dah merasa semacam. Huh..Larat tak larat aku teruskan melangkah
dan berhenti-henti sekejap. Teman aku pun tengok aku macam dah tak larat
sangat. Dia suruh aku bertahan kerana di atas nanti ada tempat berehat yang
mana adalah menara pandang. Rasa tak sabar nak sampai. Masa tu bukan kaki je
lenguh tapi bermacam-macam rasa. Rasa nak pitam, mual dan aku muntah. Rasa
mengantuk pun ada. Tiba-tiba menguap.Adoi.
Ternyata sebaik tiba di atas, ada pangkin yang
luas dan aku terus gelimpangkan diri. Aku pejam mata dan tidur sebentar. Cuaca
terik jam 11 pagi mengena aku memandangkan suasana agak siang sedikit. Pokok
agak jauh ditepi. Tiada keinginan hendak naik menara pandang kerana aku benar-benar
tak larat.
Agak-agak dah ok
.Aku bersedia melangkah. Kali ni aku rasa ok sedikit. Biar pun bila jumpa bukit
dan kena mendaki aku jadi mengah dan penat tapi tak seperti tadi. Aku boleh
melangkah dengan steady. Dan aku mulai keluarkan monopod dan handphone aku. Membuat
rakaman video pula. Tanpa sedar aku seronok berjalan denagn membuat rakaman dan
kawan aku pula mulai mengah. Pheww, begini lama baru dia merasa penat. Memang
terbaik lah stamina dia.
Dia nak ajak aku ke
jambatan gantung. Mula-mula ingat kena turun bawah tapi takut aku tak larat,
dia batalkan niat nak ke jambatan gantung tapi kami terus berjalan masuk lorong
lain and tiba-tiba namapk signboard hala ke jambatan gantung. Dia silap lorong
yang tadi tu. Haha..apa lagi, terus lah melangkah memandangkan jalannya sedang
mendatar. Sebaik tiba kat Jambatan gantung, rasa seronok sangat. Kami decide
kali ni hanya sampai di situ saja. Opss. aku tak rela nak terus lagi atau nak
patah balik.
Kebetulan ada jalan keluar di tepi. Kami
keluar ke jalan melalui belakang rumah orang. AKu cam sangat. Inilah belakang
rumah orang yang kami sesat tadi tapi tak berani nak masuk.
So, now kami kena
berjalan kaki untuk keluar dari kawasan perumahan tu. Tak mungkin nak ikut
jalan yang kami datang tadi. So kami memandai masuk mana-mana lorong cari jalan
keluar. Dari jauh dah nampak Amcorp mall. Agak-agak kami keluar kat mana tak
boleh nak agak.
Tadaa. Tetiba jumpa deretan
kedai. Aku kata, pekan kecil dan kami jumpa
jalan besar. Kami ke bustop dan aku cuba berfikir kami sekarang ni kata mana. Fikir-punya
fikir. Fuh rupanya ni Jalan gasing. Aku mengecam kuil besar di seberang jalan. Rasa
lega. Kiranya tadi nak tahan teksi tapi teksi tak lalu lagi. Kebetulan bas free
PJ warna hijau lalu. Kami naik dan rasa lega, luas dan ada aircond.Tak tahu lah
kalau kitaorang busuk.Haha. Kaki ni masih aktif. Tetiba rasa nak turun kat
amcorpmall. Kami singgah kat amcrop mall nak isi perut sebelum pulang ke rumah
aku.
Kesimpulannya.This
is my first Hiking. Kenapa aku tetiba nak hiking sebab aku nak naik kinabalu
awal Mei ni. Gila aku tak execeris langsung. Konon nak test power. Serius aku nak
surrender naik kinabalu bila tadi aku rasa tak larat di permulaan. Tapi tak
mungkin aku surrender. Rugi. So just tabahkan diri dan aku kena rajin-rajin
pergi hiking.
Comments
Post a Comment