Skip to main content

BUKIT BROGA

BUKIT BROGA

Seawal 5.30 pagi bergerak  dari PJ Old town (my home) menuju ke Hulu Langat. Singgah sebentar di Petronas membeli sebotol cappucino dan 100 plus, bun dan makanan ringan untuk bekalan. Kononnya nak bersarapan di atas bukit nanti.

Tiba di lokasi seawal jam 6.15 pagi. Bayaran masuk RM2.00 dikenakan. Kawasan parking agak penuh. Rupanya sudah ramai yang datang dan mendaki naik kat atas tu. Sebaik parking kereta, time ni baru nak pilih-pilih dan kemas barang-barang yang nak di bawa .Nak bawa yang penting-penting sahaja.

Kiranya aku ni newbie. Ini baru bukit ke tiga aku naik. Tapi aku mencabar diri membawa bebanan dalam beg. Satu botol air 1.5 liter dan 500 liter air mineral serta 500 liter cappucino dan 500 liter 100 plus. Selebihnya makanan ringan dan harta peribadi. Power bank tak tinggal .

Keadaan masih gelap. Kedengaran suara auntie dari sebuah pondok menjual torch light. Aku melangkah kaki dengan azam dan misi menawan puncak Broga. Yang menyebalkan Encik Dear aku ni membebel-bebel sepanjang jalan. Stress aku. Bukan bebel apa. Asyik bagi tips, nasihat, pesanan dan macam-macam. Tak tau berhenti nak cakap. Macam je aku buta-buta nak naik bukit ni.

Dalam gelap-gelap tu boleh pula aku nampak entrance dengan pintu gerbang welcome kepada semua pendaki. Nak bergambar tp Encik Dear aku kata, lepas balik nanti je. So, dengan sebalnya aku teruskan perjalanan. Mula-mula nampak gagah melangkah. Aku rasa megah seketika. Sehingga  tiba di satu tanah rata, jumpa sebuah pondok lagi yang juga menjual torch light. Jam menunjukan pukul 6.45 pagi. Langkah kaki diteruskan.

Ada dua persimpangan tapi akan bertemu di atas. Jalan terus mendaki bukit dan kalau belok kanan jalan mendatar tapi lebih jauh. So aku memilih lalu jalan yang mendaki. Nak tak nak aku kena latih diri aku.  Memang mengah juga. Kat sini terjumpa kumpulan-kumpulan pendaki yang juga tak larat. So, masa tu dah datang penyakit  aku. Rasa nak muntah, nak pitam. Aku keluarkan air 100 plus dan meneguk sedikit untuk legakan diri.

Sedar tak sedar cuaca yang gelap tadi sudah sedikit terang. Setelah meredah hutan. Tadaa. Kelihatan bukit yang gondol tersergam di hadapan. Kena mendaki. Mulai kelihatan jelas pendaki-pendaki lain. Ada yangs sedang turun dan yang naik memotong langkah kami yang agak lembab ni. Aku? Memang asyik berhenti-henti jelah bila jumpa bukit. Jumpa batu besar. Agak lega. Berhenti rehat seolah-oleh telah tiba ke destinasi tapi sebenarnya belum. Aku mulai gila nak snap gambar. Dan ketika tu juga lah aku terdengar suara jeritan dari atas bukit. Whoo, dah sampai ke, soalku.
“Belum..” itu baru check point satu “ kata Encik Dear. Atas desakan Encik Dear aku kembali meneruskan langkah. Kena sarung baju T shirt dah.
 
Aku mulai memasang video rakaman. Time ni jelas kelihatan dalam rakaman, Encik Dear hilang dari pandangan. Laju pula aku jalan bila tengok ramai-ramai kat atas. Ramainya orang. Itu baru cek point pertama. Kelihatan para photographer bersedia denagn kameranya. Kebanyakan pendaki kat bukit Broga ni subuh-subuh lagi untuk menikamti sunrise. Memang bernasib baik tiba sebelum sunrise walaupun matahari agak malu-malu nak keluar. Aku tak kisah matahari tu. Tapi aku terpegun dengan keindahan dari atas bukit ni. Kat sini ambil masa juga berhenti menikmati pemandangan indah. Aku tengok jam di handphone. Jam7.45 pagi. Whatt??!! Satu jam. Lamanya aku mendaki.
Terlalu ramai orang di check point pertama ni. So, langkah kaki diteruskan ke bukit yang kedua. Perjalanan menuju ke bukit kedua, melintasi kawasan lalang. Pemandangan lalang amat cantik. Memang cantik sangat. Kat sini terjumpa batu besar yang dah di conteng. Vandalisme. Ni kalau geng-geng pencinta lama tengok, mesti marah. So, kena mendaki untuk sampai ke puncaknya. Kami berhenti lagi. Kali ni aku berhenti bukan kerana penat tapi sibuk nak menikmati suasana keindahan alam. Di sini kurang orang, jadi lebih tenang dan damai. Time ni lahaku perasan geng budak lelaki Sabahan datang. Aku dengar mereka bersembang-sembang dalam loghat Sabahan. Ramai juga. Agaknya mereka perasan lah yang aku pun sama seperti mereka sebab aku pakai baju lambang Sabaha.

Terleka seketika . Pejalanan diteruskan menuju ke bukit ketiga, bukit yang terakhir, yang mana situ lah peaknya bukit Broga. Ada signboard lagi. Tak jumpa signboard, tak berjaya lah maknanya. Perjalanan ke sini pun melalui kawasan lalang. Kami terserempak ada Indian man sedang main biola. Budak yang lalu lalang usik. Adegan macam dalam cerita Mohabatein  yang mana Shah Rukh Khan bermain biola.  Menikmati bunyi biola seketika sebelum meneruskan langkah. Nak naik ke puncak bukit ketiga ni, kena memanjat batu. Batu besar. Ada jalan lain. Tapi memandangkan semua memang naik kat sana memanjat batu tu, so aku pun kena naik juga. Masa ni lah mencuba benda yang tak pernah aku buat sepanjang usia remaja dewasa ni. Chee. Zaman kanak-kanak dulu jangan cerita lah kan. Lebih lasak dari ni.
Erm..gadis-gadis melayu bertudung yang sukar nak naik ..abang-abang kat atas tu tolong . Mana boleh pegang tangan kan. Tapi bila turn aku takde yang hulur tangan nak tolong pun. Tak pe. Nasib baiklah  aku hebat. Naik sendiri beb. Sebaik tiba di atas. Apa lagi .Mengabadikan kenangan. Pemandangan nya tak secantik semasa berada di bukit pertama dan kedua. Hanya tengok hutan kayu dan lorong sterusnya menuju ke Gungung Tok Wan. Aku naik ke atas batu dan membuka bekalan. Agak-agak matahari dan naik, baru kami beranjak hendak turun. Jam 10.30 pagi.
Dan aku tercedera. Asyik nak snap picture, tersungkur pula. Tangan tercucuk kayu. Rasa nya bila aku beraktiviti ni cedera berpisah tiada.

Sepanjang jalan. Aku tak berhenti-henti tangkap gambar. Melepasi tiga bukit dan laju je bila nak turun ke bawah.
 Berakhirlah aktiviti pendakian hari ini. Misi Berjaya. Tak nak pulang dulu. En. Dear bawa ke air waterfall Gabai untuk segarkan diri.



Comments

Popular posts from this blog

SOGIT KAMPUNG DUSUN TATANA

SOGIT KAMPUNG SOGIT ni dikenakan apabila seseorang itu telah melanggar peraturan atau pantang larang yg telah ditetapkan oleh sesebuah kampung. Setiap kampung kadang - kadang berbeza cara SOGIT itu dikenakan. Hanya ketua kampung yang layak menjatuhkan hukuman/ SOGIT mengikut hukum adat. Hukuman yg berat boleh dijatuhkan oleh mahkamah anak negeri saha ja jika kes tersebut tidak di bawa ke mahkamah. Contoh - contoh kes :  Kes - kes  yg boleh dikenakan sogit adalah seperti berikut  : 1. mencuri hasil tanaman/ ternakan 2. merosakkan tanaman 3. membunuh haiwan ternakan ( kalu kedapatan bunuh ayam sabung yg banyak kali menang pun kana sogit juga...hehehehe) 4. mengacau anak dara orang ( pelaku ) 5. merogol dengan paksa atau suka sama suka ( kana tobuk tupai dan sekali kedapatan jeng...jeng...jeng... kawin lah ) 6. Tumbuk dengan orang yang tidak bersalah  Sogit kawin bersaudara/1st cousin/2nd cousin/3rd cousin : kalau anak kakak kandung , anak adik , anak abang [kandung] ..'s

Adat istiadat suku kaum tatana daerah Kuala Penyu

Adat istiadat suku kaum kadazan tatana daerah Kuala Penyu Adat adalah satu adat turun temurun tidak boleh direka-reka oleh masyarakat adat mestilah berterusab tidak putus-putus dari satu keturunan hingga kepada keturunan yang lain adat dihormati dan diamalkan oleh suku kaum empunya adat. Ketua adat mempunyai kuasa mengenakan hukuman keatas sesiapa yang melanggar adat. Disini dipaparkan sebahagian daripada adat istiadat suku kaum Tatana Daerah Kuala Penyu yang mana dipetik dari Titian Adat Istiadat Suku Kaum Kadazan Tatana Kuala Penyu. Adat istiadat perkahwinan Adat perkahwinan adalah mengikut tradisi dengan syarat-syarat seperti berikut: Apabila seorang teruna ingin berkahwin maka dari pilihan itu adalah juga perlu dipersetujui oleh kedua-kedua ibubapa lelaki sebab merekalah yang akan mengatur segala persediaan perkahwinan anak mereka. Pertunangan dalam pertunangan biasanya seorang tua digunakan sebagai orang tengah dinamakan "SUSURUAN" bagi pihak lelaki datang k

CERITA AKU :UDANG LIPAN??

Hi ..salam.  Cerita aku kali ini adalah tentang udang Lipan. UDANG LIPAN. Pelik sebab ini pertama kali aku tahu dan melihat udang Lipan.Hujung kepalanya macam kepala lipas dengan kaki lipas aku tengok.Hahha  Aku ke pasar malam Kerinchi dan aku memang suka pergi ke bahagian barangan basah. Aku selalu cukup tertarik melihat ikan-ikan yang segar, udang, sotong dan ketam. Ikut hati rasa nak beli semua.Hahaha.. dan tiba -tiba aku terlihat spesis yang pelik sedang di jual. "bang ini apa..?" "ini namanya udang Lipan dik?" "udang Lipan. adakah.Tak pernah dengar pun, tak pernah jumpa kena jual?" "ada, ada jual tapi jarang lah.susah nak jumpa." "ohh..sedap ke....?"banyak betul aku nak tanya .."dear, ling nak try lah.."aku tanya pendapat my dear. "up to you.." jawabnya,turut tertarik melihat spesis udang Lipan ni.  Aku bukan apa. Macam best pula nak try sesuatu yang baru. Kalau tak boleh makan tak kan dia jua