Skip to main content

CERITA AKU :UDANG LIPAN??

Hi ..salam.
 Cerita aku kali ini adalah tentang udang Lipan. UDANG LIPAN. Pelik sebab ini pertama kali aku tahu dan melihat udang Lipan.Hujung kepalanya macam kepala lipas dengan kaki lipas aku tengok.Hahha  Aku ke pasar malam Kerinchi dan aku memang suka pergi ke bahagian barangan basah. Aku selalu cukup tertarik melihat ikan-ikan yang segar, udang, sotong dan ketam. Ikut hati rasa nak beli semua.Hahaha.. dan tiba -tiba aku terlihat spesis yang pelik sedang di jual.
"bang ini apa..?"
"ini namanya udang Lipan dik?"
"udang Lipan. adakah.Tak pernah dengar pun, tak pernah jumpa kena jual?"
"ada, ada jual tapi jarang lah.susah nak jumpa."
"ohh..sedap ke....?"banyak betul aku nak tanya
.."dear, ling nak try lah.."aku tanya pendapat my dear.
"up to you.." jawabnya,turut tertarik melihat spesis udang Lipan ni. 
Aku bukan apa. Macam best pula nak try sesuatu yang baru. Kalau tak boleh makan tak kan dia jual kan.
"Bang bagi lah..setengah kilo? Macamana nak masak ni?"
"Macam mana pun boleh. Nak masak rebus, tumis, goreng pun boleh.."
"tak pe lah nanti saya try kat rumah"


sampai kat rumah. Aku ambil picture dulu.Hahaha.Then aku pun kerjakan.Tau aku buat apa. Aku rebus.Tumbuk bawang putih.Rebus camtu je. (tak terfikir nak google dulu) Ummmphhh..aku memang suka sup bawang putih yang di masak dengan ikan dan kali ni aku buat dengan udang Lipan.Gila ummphh tapi yang tak bestnya hancur pula. Camana aku nak makan ni. Kulit udang lipan tu pun melekat-lekat dengan isi. Tak pe, 1st try kan.
Not bad. Sebenarnya aku takut-takut juga makan benda ni.Hahaha...next time boleh try lagi.Rupanya kalau google, benda ni ramai je orang makan siap bagi resepi nak masak lagi.

{Em..entah mana dah aku campak gambar udang Lipan rebus aku tu.}


bentuknya indah sedikit menyeramkan 

Okey, di sini ada sedikit info mengenai udang Lipan ni.

Udang Lipan atau kadang juga di sebut udang Kipas  atau Udang Ronggeng ( Mantis Shirmp dalam bahasa Inggeris @ Udang Belalang) itu sebutan para masyarakat pesisir pantai. Udang Lipan  jenis udang ini merupakan spesies udang laut. Bagi masyarakat pesisir pantai tidak hairan lagi dengan udang Lipan seperti ini. 

Udang Lipan ni hidup di air masin, pesisiran pantai dan di tambak-tambak yang perairannya air masin. Panjang udang kipas ini sekitar 15cm sampai 20cm.


Menurut catatan dari beberapa sumber, tidak kurang dari 400 spesies jenis udang ini di seluruh dunia, ciri khas udang ini ialah tubuhnya yang panjang dan mempunyai capit terbalik yang menghadap ke dalam seperti belalang.Ukuran tubuh rata - rata mencapai maksima 30cm lebih dengan berat berkisar antara 20 s/d 200gr / ekor, mulai dari kepala, kedua sisi tubuhnya, sampai ekor memiliki senjata yang sangat tajam sehingga perlu kehati-hatian ketika menangkap jenis udang ini kerana kalau kena jepit rasanya lumayan sakit, kadang -kadang boleh mengakibatkan demam dan mengakibakan pembengkakan pada bekas luka


Penjelasan Saintifik :
Alam       : Animalia
Filum       : Artrofoda
Subfilum  : Krustasea
Kelas       : Malacostraca
Subkelas  : Holplocarida


Selain enak dimakan udang ini konon katanya boleh menyembuhkan penyakit yang tidak berhenti-henti buang air kecil. Ada juga mitos yang mengatakan apabila mengkonsumsi udang ini khusus untuk kaum lelaki boleh menambah keperkasaan lelaki, dan masuk di akal juga karena udang ini sangat tinggi kadar proteinnya.  Sayangnya udang seperti ini tidak laku di pasaran ikan, selain peminatnya sedikit udang ini tidak banyak dagingnya untuk dikonsumsi, dan di anggap aneh bagi yang belum sama sekali melihat / mengkonsumsinya.


Udang lipan yang suatu ketika dulu menjadi bahan buangan yang sekelas dengan ikan baja, kini menjadi sumber makanan golongan elit berikutan mendapat permintaan tinggi terutama di pasaran luar negara.


Di negara lain udang jenis ini sangatlah popular, seperti di Jepun, udang Lipan ini merupakan bahan baku untuk membuat masakan Shasami (dalam bahasa jepang di sebut shako(蝦蛄))

di China udang ini juga popular sebagai makanan yang cukup mahal, orang Canton menyebutnya "pissing shrimp" (攋尿蝦,lài niào xiā, dalam bahasa Mandarin dan laaih liu hā dalam Bahasa Canton Moden)

Udang Jenis ini juga sangat popular di Philiphina, Thailand, juga sangat popular di negara2-negara mediterania sampai ke Eropah   


 Nelayan pantai di negara tersebut menjadikan udang lipan sebagai tangkapan utama. Mereka menggunakan bubu umpan, pukat khas (pukat udang lipan) dan juga pukat tunda kecil sebagai alat menangkapnya. 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

SOGIT KAMPUNG DUSUN TATANA

SOGIT KAMPUNG SOGIT ni dikenakan apabila seseorang itu telah melanggar peraturan atau pantang larang yg telah ditetapkan oleh sesebuah kampung. Setiap kampung kadang - kadang berbeza cara SOGIT itu dikenakan. Hanya ketua kampung yang layak menjatuhkan hukuman/ SOGIT mengikut hukum adat. Hukuman yg berat boleh dijatuhkan oleh mahkamah anak negeri saha ja jika kes tersebut tidak di bawa ke mahkamah. Contoh - contoh kes :  Kes - kes  yg boleh dikenakan sogit adalah seperti berikut  : 1. mencuri hasil tanaman/ ternakan 2. merosakkan tanaman 3. membunuh haiwan ternakan ( kalu kedapatan bunuh ayam sabung yg banyak kali menang pun kana sogit juga...hehehehe) 4. mengacau anak dara orang ( pelaku ) 5. merogol dengan paksa atau suka sama suka ( kana tobuk tupai dan sekali kedapatan jeng...jeng...jeng... kawin lah ) 6. Tumbuk dengan orang yang tidak bersalah  Sogit kawin bersaudara/1st cousin/2nd cousin/3rd cousin : kalau anak kakak kandung , anak adik , anak abang...

MIMA LAND-THE ABANDONED WATER THEME PARK

MIMA LAND-THE ABANDONED WATER THEME PARK -syarikat MAGNUM COPERATION...Owner Tan Sri tuttt…Anak Syarikat Melayu- Tahukah anda ? Negara kita pernah memiliki sebuah taman rekreasi yg cukup popular dan terkenal pada era 1980-an yang dikenali sebagai Taman Tema Mimaland dan kini hanya tinggal sejarah. Hanya tinggal tapak dan bekas-bekas kewujudan dan terus pudar daripada ingatan ramai selepas ditutup sepenuhnya. MIMA LAND.. Alkisahnya. Aku terdengar ada satu taman tema lain yang agak popular selain Sunway Lagoon dan berniat kononnya hendak bertandang (sedangkan Sunway Lagoon pun tak masuk lagi..). Aku pun tidak lagi ingat lagi bagaimana aku dapat tahu tentang kewujudan Mima Land yang pastinya aku bukannya tahu kewujudaan Mima Land selepas disenaraikan sebagai tempat seram. Sama sekali tidak. Barangkali kerana aku pernah menonton drama Gila-gila remaja tu jadi berpendapat Taman tu masih wujud. Hihi.. Macam biasa kena tanya Mr. Google. Search di Google dan hasil carian, Mim...