Skip to main content

cerita Nasi Arab



Pengalaman pertama aku makan Nasi Arab, kat Dataran Nilai. Name premis tu "Nasi Arab Marhaban Bikum"



*kalau korang perasan kat white board belakang  adalah menu dorang yang special  tersebut (mungkin) dalam tulisan jawi.


 Aku sebenarnya tidak berminat pun nak makan tapi memandangkan my dear membawa, kata nak bagi aku rasa , ok..aku on je. Lagi pun aku pun tak pernah rasa. Bukan apa. Aku tak nak ambil risiko makan makanan yang aku tak minat. Nanti membazir je kan.

Bila kena bagi Menu book aku terkejut sebab menu pun dalam tulisan jawi. 
"Camne nak order ni.." 
"Kenape?" tanya my dear.
"mana orang mengerti.Tulisan jawi.."
"Ye ke..."my dear ambil menu dan tengok pastu menerangkan kepada aku maksudnya.
Angguk-angguk je lah.
"Dear order lah..tak reti.." suruhku. Kami ambil set, so dapat sekali dengan air rozel. 
Macam air ribena pula ye. 
Selepas pengalaman pertama makan makanan arab, aku sedar yang aku tak minat pun dan aku sering mengelak dari makanan nasi Arab. Loya tekak sebab rasa kambing nya yang agak bersusu. My dear rilek je melahap. Sebab tu bila di ajak makan nasi arab, mesti cancel disebabkan aku saja. Aku tak nak makan nasi arab. Tak suka punya pasal kan.

Setelah sekian lama, my dear tiba-tiba pula mengidam nasi arab. Ermm..aku pun, tak apa lah..try lagi lah sekali. Yela sebab kalau dia makan nasi arab aku makan order makanan lain, bazir je sebab nasi arab tu bukan sedikit..banyak..cukup makan untuk dua tiga orang.

Kali ni kami ke  ke sini. Seksyen 7 Shah Alam.
De'Arab Cafe


Kami memilih bersila dia atas lantai papan yang disediakan.

 *korang tengok side kat kanan tu..ala-ala..meja jepun pula..hahha…

seperti biasa dear buat order sebab aku tak reti. So menu kami adalah....

Kabshah Chicken

Hmmm..not bad..mungkin sebab aku kelaparan jadi aku rasa Nasi tu sedap sangat.
               “Dear , sedap lah nasi arab ni tak macam yang kat Nilai tu..”
                “ye..?yala..yang ni lain sikit. ”
                “ahaha..yang kat Nilai tu rasa muak macam ada susu ..”balasku.
 Habis setalam nasi Arab tu aku jamah. Syukur dengan nikmatnya.Tak delah membazir. Nampaknya aku dah mulai suka kan Nasi Arab tapi depand cara masakan kot.:) Next time boleh try lagi.

*Latest try kat rumah mak dear time raya hari tu. Katanya kakak dia yang masak.:)


Comments