Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

CERITA AKU :UDANG LIPAN??

Hi ..salam.  Cerita aku kali ini adalah tentang udang Lipan. UDANG LIPAN. Pelik sebab ini pertama kali aku tahu dan melihat udang Lipan.Hujung kepalanya macam kepala lipas dengan kaki lipas aku tengok.Hahha  Aku ke pasar malam Kerinchi dan aku memang suka pergi ke bahagian barangan basah. Aku selalu cukup tertarik melihat ikan-ikan yang segar, udang, sotong dan ketam. Ikut hati rasa nak beli semua.Hahaha.. dan tiba -tiba aku terlihat spesis yang pelik sedang di jual. "bang ini apa..?" "ini namanya udang Lipan dik?" "udang Lipan. adakah.Tak pernah dengar pun, tak pernah jumpa kena jual?" "ada, ada jual tapi jarang lah.susah nak jumpa." "ohh..sedap ke....?"banyak betul aku nak tanya .."dear, ling nak try lah.."aku tanya pendapat my dear. "up to you.." jawabnya,turut tertarik melihat spesis udang Lipan ni.  Aku bukan apa. Macam best pula nak try sesuatu yang baru. Kalau tak boleh makan tak kan dia jua
20/10/2013 Sekadar peringatan kat aku bahawa seseorang yang amat penting pada aku berpindah rumah pergi jauh. Dan aku mengharapkan masih ada pertemuan dan kasih sayang dia antara kami. Sedih pula dah.

Raya AidilAdha Ku...

Salam Sejahtera.  Aku baru balik dari bertemu rakan. Seorang rakan yang aku senangi. Mudah-mudahan  persahabatan ini  berpanjangan . Hari ini Hari Raya Aidliadha. Ya..walaupun ada isu yang membangkitkan rasa sakit hati namun bukan kerana itu kita harus membenci. Yang aku benci adalah mereka yang membuat isu ini. Syukur puji Tuhan dalam kesakitan, kesulitan sebagai manusia perasaan marah ada tapi aku memilih damai.  Aku berkunjung ke rumah teman atas jemputan.  Fuh...aku pergi beraya.  Katanya dia rindu dan ingin jumpa.  Dia sebelum ini rakan kerja tapi berlainan office, aku office atas dia office kat bawah. Berusia 3 tahun muda dari aku. Dia sekarang dah sambung study kat sebuah University di Kedah. Jadi kesempatan ini lah untuk berjumpa bila dia balik beraya. Aku dilayan baik dan semua ahli keluarganya sporting dan amat menyenangkan.  Semoga kalau ada kesempatan boleh berjumpa lagi. # Inilah cerita Hari Raya Aidiladha saya:)                              

cerita Nasi Arab

Pengalaman pertama aku makan Nasi Arab, kat Dataran Nilai. Name premis tu "Nasi Arab Marhaban Bikum" *kalau korang perasan kat white board belakang  adalah menu dorang yang special  tersebut (mungkin) dalam tulisan jawi.  Aku sebenarnya tidak berminat pun nak makan tapi memandangkan my dear membawa, kata nak bagi aku rasa , ok..aku on je. Lagi pun aku pun tak pernah rasa. Bukan apa. Aku tak nak ambil risiko makan makanan yang aku tak minat. Nanti membazir je kan. Bila ke na bagi Menu book aku terkejut sebab menu pun dalam tulisan jawi.  "Camne nak order ni.."  "Kenape?" tanya my dear. "mana orang mengerti.Tulisan jawi.." "Ye ke..."my dear ambil menu dan tengok pastu menerangkan kepada aku maksudnya. Angguk-angguk je lah. "Dear order lah..tak reti.." suruhku. Kami ambil set, so dapat sekali dengan air rozel.  Macam air ribena pula ye.  Selepas pengalaman pertama makan makanan arab, aku

MY DREAMS

Tiba-tiba bermain di minda tentang sesuatu. Impian dulu kala 1. Penulis dulu aku darjah 6..aku suka menulis..tulis novel cinta. Imaginasi kuat betul..sampai orang yang baca cakap..ui..ko tulis ni cerita macam ko ada pengalaman bersinta oohh..tp selalu hangat2 tahi ayam..separuh jalan..pastu idea lain datang dah lupa sambung cerita yang sebelumnya.. 2. Band aku teringat kecik2 dulu dady aku selalu main band dgn adik beradik dia..pastu aku membesar bersama uncle yang muda..aku suka melihat dia bemain gitar..lalu aku pun cakap dengan dady.."di, ajar aku main gitar.." dady cakap belajar sendiri, saya dulu pun belajar sendiri..lalu aku belajar dengan uncle..separuhnya aku sendiri..terasa champion pula..tali gitar 1 & 6 putus..aku adjust, 4 tali pun boleh jalan..dapat cari cord & berlagu..Lalu aku memasang impian membuat band.Tambahan lagi dady ada set drumm..dady sempat membuka jamming room sekejap..lagi lah kuat aku ingin capai impian tu. aku ingin me

Jambatan Kuala Penyu

Jambatan Sungai Sitompok KUALA PENYU 27 DISEMEBR 2011 Majlis pencantuman jambatan sitompok antara bahagian kampung seberang dan bahagian pekan Kuala Penyu telah disempurnakan pada jam lebihkurang  11 pagi. Perkara bersajarah ini telah disaksikan oleh John Teo Mau Sing ,Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kuala Penyu, Edmund Teo, Pegawai Daerah Kuala Penyu, Jurutera-jurutera dari  Ibu Pejabat JKR Kota Kinabalu, Jurutera-jurutera dari  Innovatif Jurutera Perunding sdn Bhd. Jurutera-jurutera dari Pembinaan Azam Jaya Sdn. Bhd. Ketua-ketua Jabatan dari Daerah Kuala Penyu, Kakitangan-kakitangan Kerajaan Daerah Kuala Penyu , pemimpin-pemimpin tempatan dan juga orang-orang awam yang ingin menyaksikan kerja-kerja pencantuman tebing timur dan tebing barat sungai sitompok. Jambatan ini akan dijangka dapat digunakan pada akhir bulan Februari 2012 menelan belanja sebanyak RM59,655,880.70. Jarak dari bulatan Kuala Penyu ke palu-palu sepanjang 1.204km. mengambil masa

CUAKNYA, KAPAL TAK JADI MENDARAT..

Apa perasaan korang bila berada di dalam kapal dan kapal mengalami kegagalan sistem..misalnya macam peristiwa yang aku alaminya. Cuak gila aku dibuatnya. Hal ni berlaku tahun yang lepas. Saja-saja aku search KAPAL NAK MENDARAT NAIK BALIK..lalu ternampak lah post oleh  makchaq-entahlah.blogspot.com/jangan-cakap-macam-tu-nak.html . Bila terbaca post ni, erk teringat pengalaman sendiri . Ketika itu, baru menempuh perjalanan 2 jam 30 minit dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu. Ketika sudah berada di landasan dan hanya menunggu roda kapal menejejak ke landasan. Hati ku pun sudah berbunga-bunga melihat pemandangan di luar. Yeahh aku sudah sampai KK. begitulah sorakan dalam hati. Aku pun standby pegang pemegang kerusi  sebab sebentar lagi mesti ada gegaran bila roda kapal menjejak landasan Aku kira-kira dalam dua minit lagi dan tiba-tiba kapal tu memuncung ke atas dan landsan menjadi semakin jauh di tinggalkan..Kapal tu sudah terbang naik balik ke udara....ehehehehh..apa yang terj

KUALA LUMPUR VS KOTA KINABALU

KUALA LUMPUR VS KOTA KINABALU  Bila menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur..terlalu ramai warga Sabahan. Apa yang dicari, alasan  tentu mencari rezeki kan?? Study??..Mula-mula study pastu dah syok dengan KL...tak kira pula yang telah" berkampung" di KL kan.. Macam aku lah ni..hehe...Apa yang aku cari di KL? Alasan aku ehhmmm..saja-saja minta puji di KL..tidak boleh meh? Apa aku bosan sama KK..aku pun tidak tahu sebab dulu-dulu di rumah saja, kerja pun dekat-dekat rumah.. tidak nampak dunia luar di KK tu..pergi KL baru nampak dunia.. hhee..:) tapi itu lumrah. Ini lah jalan hidup ku, menjadi perantau dan menyusahkan diri hidup sendiri di perantauan..baru tau macamana mau budget your own money.. Biasalah orang tua selalu cakap, buat apa pergi kerja jauh-jauh, ada masalah nanti susah mahu balik...and bla..bla..bla...Perlu kah jawapan aku?  sebab jawapan aku nanti bikin panas pula..erkkk..   Life in KL... Sebenaranya depand lah dengan diri sendiri...3 tahun di KL..satu night

Arts of Speed..

Hiiiii.... kali ni pergi tengok pameran  kereta-kereta..@ motoring art of speed kat Chitta Mall..bermacam-macam kereta ada..old2 school pun ada...bukan kereta je ada, motorcycle berkuasa tinggi yang pelik2..lama dan trendy..fuhh.. tambahan pula mode fast furious masih menebal ni..jadi bila di katakan ada kereta ala-ala dalam movie fast furious kat sini, terus tak lepaskan peluang pegi tengok. Of course lah denagn cik abang kan. Sebab I tak pandai drive . Sentiasa berharap dengannya untuk kesana kemari.. jom layan gambar-gambar kereta ni.. lumayana juga tengoK kereta pelik2 ni... orang-orang kat sana pun pelik2 juga tapi tak berani ambil gambar dorang... takut pla..tengok tatoo2 kat badan dorang tu..macam gengster tapi  yang bertato tu kebanyakannya bikers lah.. #erkkk.cerita pasal bikers ni tiba-tia teringat cerita Bikers Kental?  dah tengok ke belum...? best juga layan cerita ni.. Bikers Kental . let check it out gambar kereta-kereta ni...

"Nasi Arab"

...Pengalaman pertama, Pekena "Nasi Arab" kat Marhaban-Bikum Setiap orang suka mencuba kan..tapi bagi aku tak adalah suka sangat nak mencuba apa lagi bab-bab makan ni melainkan makanan tu nampak menarik dan rasa kena dengan anak tekak. Bercerita tentang Nasi Arab ni, aku tahu makanan ni agak popular tapi bagi aku makanan Arab ni aku nampak agak berat sama seperti masakan melayu ..Misal kata seperti masak kurma ,rendang kerana rempah-rempah yang di gunakan. Maklumlah sedari kecil aku tak pernah tengok my family masak guna rempah-rempah yang orang melayu biasa gunakan..biasanya semua masakan gunakan rempah-rempah   cina. Jadi anak tekak aku memang susah nak terima lah makan makanan sebegini dan tak terliur nak merasa masakan melayu yang berupa kurma apatah lagi makanan Arab, tengok daging kambing yang di hidangkan bersama nasi tu macam masak kurma .. .rasa berat..hehe..berat camne tu..mungkin banyak kalori kot..yang boleh buat sakit jantung..erkk...berkaitan ke tu?? maa

Aku bertanya pada Tuhan

Saat aku mulai mencintai seseorang, aku ditinggalkan… Saat aku sangat mengharapkannya, dia menghilang… Ketika aku mulai merasakan bahagia, aku dicampakkan… Ketika aku sangat memerlukannya, dia memilih yang lain… Aku bertanya pada Tuhan: “Ya Tuhan.. Kenapa semua yang aku inginkan tidak aku miliki??” Tuhan Menjawab: “… kerana kamu tidak pernah merasa yakin memilikinya.” Aku Kembali Bertanya: “.. tapi mengapa pada saat aku bahagia dia meninggalkanku?” Jawab Tuhan: “.. kerana kamu tidak pernah memahami apakah dia bahagia bersamamu.” “Aku tidak akan memberikan pasangan yang baik untukmu, jika kamu masih kasar.” “Aku tidak akan memberikan pasangan yang setia untukmu, di saat kamu selalu mencari yang terbaik.” “Aku tidak akan menganugerahkan seseorang yang sabar bagimu sedangkan kamu masih ego.” “Aku akan memberikan pasangan yang sesuai untukmu, maka perbaikilah dirimu sesuai dengan apa yang kamu inginkan dari pasangan hidupmu.”

Bulan puasa yang semakin dekat

sedar tak sedar...masa begitu cepat berlalu..dua bulan lagi hari raya..bulan sebelumnya hari puasa.. cik abang dah pesan.. bulan puasa ni dia tak dapat datang jumpa aku sebulan... aku tanya , kenapa pula kan sampai macam tu... dan sambungnya menlainkan aku puasa... hahaha... siapa kat aku tak mampu puasa.. dia tak tahu aku berpuasa tahun yang lepas sampai akhir... yela..aku puasa 15 har je lah..start tengah-tenagh bulan je.. dengan dimulakan saja2 @suka2 akhirnya aku dapat berpuasa dengan betul2 sampai hari terakhir..opss..hari terakhir tak puasa dah...tapi betul2 yang bukan sekadar menahan lapar dan dahaga... hari pertama dan kedua memang prestasi kerja merundum sekejap sebab mengantuk gile.Apa taknya..kena bangun awal pastu sambung tido.Erm..biasalah bila dah sambung tido tu lah yang nak terus tido jer sepanjang hari ..tapi kena bangun juga bila on time nak pergi kerja. Lelama dah ok sikit..siap tak bangun sahur pun ada juga sebab tak terjaga. Tapi akhirnya jaga pagi2

Pencen buat selama-lamanya...

Aku  mendapat berita yang mengejutkan, sedih di mana seorang veteren,  yang sempat menjadi rakan sekerja aku selama 4 bulan iaitu Abang Muz pergi meninggalkan dunia. Baru minggu lepasnya dia di masukkan hospital..dan selang sehari dia pergi meninggalkan semua orang.. Aku sudah lama pergi dari office itu..tapi masih mengikuti perkembangan office sebab cik abang aku masih bekerja di sana... Abang Muz sudah berumur..dengar kata dia sepatutnya pencen tahun ini tapi atas permintaan bos...dia sambung lagi kerana dia memang orang harapan office. Dia saja yang tahu handle hal-hal korporat.... menurut cerita lagi...minggu sebelum di masukkan hospital dia kata dia sakit-sakit dada macam rasa nak mati je..pastu asyik cerita pasal mati. Tentang betapa mudahnya ketika abangnya  meninggal. Rakan se office lain pun tegur lah, supaya tak cakap macam tu kan. Sedar tak sedar dan dalam masa yang singkat dia dah di masukan ke hospital. Cik abang mesej nak ajak aku pergi melawat kerana dengar kat

khasiat bawang putih..

Nahh..ada orang yang tidak suka  pada bawang putih kerana bau dan rasanya. Mungkin mereka harus tahu khasiat bawang putih yang sebenarnya APAPUN masakan kalau anda tak letak bawang putih, selalunya tak sedap. Betul? Anda yang memasak mesti selalu menggunakan bahan ini dalam masakan-masakan anda. Jadi, elok rasanya saya kongsikan rahsia-rahsia di sebalik pemakanan bawang putih ni. Banyak sebenarnya khasiatnya. 1. Mengurangkan risiko strok. Bawang putih akan merangsang penghasilan nitric oxide pada dinding saluran darah. Ini akan membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok. 2. Mengurangkan risiko kanser. Bawang putih kaya dengan bahan antioksidan seperti selenium yang membantu mengurangkan free radical di dalam darah. Ini akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser. 3. Anti bakteria dan antivirus. Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak s