Skip to main content

Pencen buat selama-lamanya...



Aku  mendapat berita yang mengejutkan, sedih di mana seorang veteren,  yang sempat menjadi rakan sekerja aku selama 4 bulan iaitu Abang Muz pergi meninggalkan dunia. Baru minggu lepasnya dia di masukkan hospital..dan selang sehari dia pergi meninggalkan semua orang..

Aku sudah lama pergi dari office itu..tapi masih mengikuti perkembangan office sebab cik abang aku masih bekerja di sana...

Abang Muz sudah berumur..dengar kata dia sepatutnya pencen tahun ini tapi atas permintaan bos...dia sambung lagi kerana dia memang orang harapan office. Dia saja yang tahu handle hal-hal korporat....

menurut cerita lagi...minggu sebelum di masukkan hospital dia kata dia sakit-sakit dada macam rasa nak mati je..pastu asyik cerita pasal mati. Tentang betapa mudahnya ketika abangnya  meninggal. Rakan se office lain pun tegur lah, supaya tak cakap macam tu kan.

Sedar tak sedar dan dalam masa yang singkat dia dah di masukan ke hospital. Cik abang mesej nak ajak aku pergi melawat kerana dengar kata keadaan Abang Muz serius tapi aku tak dapat pergi sebab banyak kerja di office.

Selang sehari lepas tu, cik abang mesej bagitau abang muz dah meninggal & ajak pergi kenduri tahlil.

Sesungguhnya itulah kehidupan. Teringat yang dia nak berehat setelah kerja bertahn-tahun. Sungguh tiada rehat baginya. Mana kan tidak, cuti pun office call tanya-tanya hal office. Hujung minggu dia akan datang office buat kerja. Out station, pergi land office urus sendiri.

Yela hanya dia seorang senior dan yang handle bidang corporat. Bos pun mengharapkan dia.

Akhirnya dia hanya dapat rehat pada saat itu dan rehat buat selama-lamanya. Pencen buat selama-lamanya.Semoga rohnya dicucuri rahmat.









Comments

Popular posts from this blog

SOGIT KAMPUNG DUSUN TATANA

SOGIT KAMPUNG SOGIT ni dikenakan apabila seseorang itu telah melanggar peraturan atau pantang larang yg telah ditetapkan oleh sesebuah kampung. Setiap kampung kadang - kadang berbeza cara SOGIT itu dikenakan. Hanya ketua kampung yang layak menjatuhkan hukuman/ SOGIT mengikut hukum adat. Hukuman yg berat boleh dijatuhkan oleh mahkamah anak negeri saha ja jika kes tersebut tidak di bawa ke mahkamah. Contoh - contoh kes :  Kes - kes  yg boleh dikenakan sogit adalah seperti berikut  : 1. mencuri hasil tanaman/ ternakan 2. merosakkan tanaman 3. membunuh haiwan ternakan ( kalu kedapatan bunuh ayam sabung yg banyak kali menang pun kana sogit juga...hehehehe) 4. mengacau anak dara orang ( pelaku ) 5. merogol dengan paksa atau suka sama suka ( kana tobuk tupai dan sekali kedapatan jeng...jeng...jeng... kawin lah ) 6. Tumbuk dengan orang yang tidak bersalah  Sogit kawin bersaudara/1st cousin/2nd cousin/3rd cousin : kalau anak kakak kandung , anak adik , anak abang [kandung] ..'s

Adat istiadat suku kaum tatana daerah Kuala Penyu

Adat istiadat suku kaum kadazan tatana daerah Kuala Penyu Adat adalah satu adat turun temurun tidak boleh direka-reka oleh masyarakat adat mestilah berterusab tidak putus-putus dari satu keturunan hingga kepada keturunan yang lain adat dihormati dan diamalkan oleh suku kaum empunya adat. Ketua adat mempunyai kuasa mengenakan hukuman keatas sesiapa yang melanggar adat. Disini dipaparkan sebahagian daripada adat istiadat suku kaum Tatana Daerah Kuala Penyu yang mana dipetik dari Titian Adat Istiadat Suku Kaum Kadazan Tatana Kuala Penyu. Adat istiadat perkahwinan Adat perkahwinan adalah mengikut tradisi dengan syarat-syarat seperti berikut: Apabila seorang teruna ingin berkahwin maka dari pilihan itu adalah juga perlu dipersetujui oleh kedua-kedua ibubapa lelaki sebab merekalah yang akan mengatur segala persediaan perkahwinan anak mereka. Pertunangan dalam pertunangan biasanya seorang tua digunakan sebagai orang tengah dinamakan "SUSURUAN" bagi pihak lelaki datang k

CERITA AKU :UDANG LIPAN??

Hi ..salam.  Cerita aku kali ini adalah tentang udang Lipan. UDANG LIPAN. Pelik sebab ini pertama kali aku tahu dan melihat udang Lipan.Hujung kepalanya macam kepala lipas dengan kaki lipas aku tengok.Hahha  Aku ke pasar malam Kerinchi dan aku memang suka pergi ke bahagian barangan basah. Aku selalu cukup tertarik melihat ikan-ikan yang segar, udang, sotong dan ketam. Ikut hati rasa nak beli semua.Hahaha.. dan tiba -tiba aku terlihat spesis yang pelik sedang di jual. "bang ini apa..?" "ini namanya udang Lipan dik?" "udang Lipan. adakah.Tak pernah dengar pun, tak pernah jumpa kena jual?" "ada, ada jual tapi jarang lah.susah nak jumpa." "ohh..sedap ke....?"banyak betul aku nak tanya .."dear, ling nak try lah.."aku tanya pendapat my dear. "up to you.." jawabnya,turut tertarik melihat spesis udang Lipan ni.  Aku bukan apa. Macam best pula nak try sesuatu yang baru. Kalau tak boleh makan tak kan dia jua