Skip to main content

"Nasi Arab"

...Pengalaman pertama, Pekena "Nasi Arab" kat Marhaban-Bikum

Setiap orang suka mencuba kan..tapi bagi aku tak adalah suka sangat nak mencuba apa lagi bab-bab makan ni melainkan makanan tu nampak menarik dan rasa kena dengan anak tekak.

Bercerita tentang Nasi Arab ni, aku tahu makanan ni agak popular tapi bagi aku makanan Arab ni aku nampak agak berat sama seperti masakan melayu ..Misal kata seperti masak kurma ,rendang kerana rempah-rempah yang di gunakan. Maklumlah sedari kecil aku tak pernah tengok my family masak guna rempah-rempah yang orang melayu biasa gunakan..biasanya semua masakan gunakan rempah-rempah   cina. Jadi anak tekak aku memang susah nak terima lah makan makanan sebegini dan tak terliur nak merasa masakan melayu yang berupa kurma apatah lagi makanan Arab, tengok daging kambing yang di hidangkan bersama nasi tu macam masak kurma ..

.rasa berat..hehe..berat camne tu..mungkin banyak kalori kot..yang boleh buat sakit jantung..erkk...berkaitan ke tu?? maaf ya..

Tapi, atas ajakan cik abang, akhirnya melangkah lah juga aku ke kedai Nasi Arab.
So, inilah  pengalaman pertama makan Nasi Arab dan kedai tu kat sini >>Nasi-Arab-Marhaban-Bikum lokasi nya di dataran Nilai, Negeri Sembilan.


"menu book"




 memang nampak menarik dan sedap kan? buat aku yang pertama kali hendak merasa, haruslah berasa teruja.. ..

 Apa yang lucunya..bila aku tengok menu untuk order....semua nya dalam tulisan jawi...cmne nak order..nasib baik ada cik abang ni..jadi tukang translate dan terus buat order. Aku ikut je. Bukan tahu apa-apa tentang nasi Arab ni...

Jadi bila order dah sampai, hanya nampak daging ayam je kat atas nasi..daging kambing entah kat mana..ingatkan tak sampai lagi...siap tanya lagi..kambingnye mana..
"tu dalam nasi tu.." jawab pelayan kedai..
"erkk."
ehh..daging kambing tu dalam timbunan nasi rupanya..patutlah cam gunung je nasi tu..lepas tu minta pinggan pla..alahai..pinggan tu berlapis ..ada kat bawah pinggan nasi tu..uhuhh..so dengan set air roselle..kita pun menjamu selera dengan berseleranya...

Sedap memang sedap tapi yang aku tak tahan tu bila makan daging kambing tu rasa bersusu, lemak ..pendek kata...buat akan aku muak dan erkk..selepas tu..aku stop kat sana je..tambahan pula nasi yang bertimbun tu ..susah nak dihabiskan....

Hari demi hari berlalu, cik  abang pun tak berani nak ajak aku makan nasi arab kerana aku tak berkenan, dan tak ingin makan nasi arab lagi disebabkan daging kambing tu je..haaaa di sebabkan rasa daging kambing jee..??teruknya aku kan..

ermm...sungguh bukan taste aku le Nasi Arab ni.. Nak buat macam mana. Cik abang terpaksa memahami aku. Kalau pergi pun aku tak makan, tak best pula kan.

#heee..mana tahu satu hari aku akan suka Makanan Arab:)

siapa tahu@@





Comments

Popular posts from this blog

SOGIT KAMPUNG DUSUN TATANA

SOGIT KAMPUNG SOGIT ni dikenakan apabila seseorang itu telah melanggar peraturan atau pantang larang yg telah ditetapkan oleh sesebuah kampung. Setiap kampung kadang - kadang berbeza cara SOGIT itu dikenakan. Hanya ketua kampung yang layak menjatuhkan hukuman/ SOGIT mengikut hukum adat. Hukuman yg berat boleh dijatuhkan oleh mahkamah anak negeri saha ja jika kes tersebut tidak di bawa ke mahkamah. Contoh - contoh kes :  Kes - kes  yg boleh dikenakan sogit adalah seperti berikut  : 1. mencuri hasil tanaman/ ternakan 2. merosakkan tanaman 3. membunuh haiwan ternakan ( kalu kedapatan bunuh ayam sabung yg banyak kali menang pun kana sogit juga...hehehehe) 4. mengacau anak dara orang ( pelaku ) 5. merogol dengan paksa atau suka sama suka ( kana tobuk tupai dan sekali kedapatan jeng...jeng...jeng... kawin lah ) 6. Tumbuk dengan orang yang tidak bersalah  Sogit kawin bersaudara/1st cousin/2nd cousin/3rd cousin : kalau anak kakak kandung , anak adik , anak abang...

CERITA AKU :UDANG LIPAN??

Hi ..salam.  Cerita aku kali ini adalah tentang udang Lipan. UDANG LIPAN. Pelik sebab ini pertama kali aku tahu dan melihat udang Lipan.Hujung kepalanya macam kepala lipas dengan kaki lipas aku tengok.Hahha  Aku ke pasar malam Kerinchi dan aku memang suka pergi ke bahagian barangan basah. Aku selalu cukup tertarik melihat ikan-ikan yang segar, udang, sotong dan ketam. Ikut hati rasa nak beli semua.Hahaha.. dan tiba -tiba aku terlihat spesis yang pelik sedang di jual. "bang ini apa..?" "ini namanya udang Lipan dik?" "udang Lipan. adakah.Tak pernah dengar pun, tak pernah jumpa kena jual?" "ada, ada jual tapi jarang lah.susah nak jumpa." "ohh..sedap ke....?"banyak betul aku nak tanya .."dear, ling nak try lah.."aku tanya pendapat my dear. "up to you.." jawabnya,turut tertarik melihat spesis udang Lipan ni.  Aku bukan apa. Macam best pula nak try sesuatu yang baru. Kalau tak boleh makan tak kan dia jua...

MIMA LAND-THE ABANDONED WATER THEME PARK

MIMA LAND-THE ABANDONED WATER THEME PARK -syarikat MAGNUM COPERATION...Owner Tan Sri tuttt…Anak Syarikat Melayu- Tahukah anda ? Negara kita pernah memiliki sebuah taman rekreasi yg cukup popular dan terkenal pada era 1980-an yang dikenali sebagai Taman Tema Mimaland dan kini hanya tinggal sejarah. Hanya tinggal tapak dan bekas-bekas kewujudan dan terus pudar daripada ingatan ramai selepas ditutup sepenuhnya. MIMA LAND.. Alkisahnya. Aku terdengar ada satu taman tema lain yang agak popular selain Sunway Lagoon dan berniat kononnya hendak bertandang (sedangkan Sunway Lagoon pun tak masuk lagi..). Aku pun tidak lagi ingat lagi bagaimana aku dapat tahu tentang kewujudan Mima Land yang pastinya aku bukannya tahu kewujudaan Mima Land selepas disenaraikan sebagai tempat seram. Sama sekali tidak. Barangkali kerana aku pernah menonton drama Gila-gila remaja tu jadi berpendapat Taman tu masih wujud. Hihi.. Macam biasa kena tanya Mr. Google. Search di Google dan hasil carian, Mim...