Skip to main content

CUAKNYA, KAPAL TAK JADI MENDARAT..


Apa perasaan korang bila berada di dalam kapal dan kapal mengalami kegagalan sistem..misalnya macam peristiwa yang aku alaminya. Cuak gila aku dibuatnya.

Hal ni berlaku tahun yang lepas. Saja-saja aku search KAPAL NAK MENDARAT NAIK BALIK..lalu ternampak lah post oleh makchaq-entahlah.blogspot.com/jangan-cakap-macam-tu-nak.html.

Bila terbaca post ni, erk teringat pengalaman sendiri .
Ketika itu, baru menempuh perjalanan 2 jam 30 minit dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu. Ketika sudah berada di landasan dan hanya menunggu roda kapal menejejak ke landasan. Hati ku pun sudah berbunga-bunga melihat pemandangan di luar. Yeahh aku sudah sampai KK. begitulah sorakan dalam hati. Aku pun standby pegang pemegang kerusi  sebab sebentar lagi mesti ada gegaran bila roda kapal menjejak landasan Aku kira-kira dalam dua minit lagi dan tiba-tiba kapal tu memuncung ke atas dan landsan menjadi semakin jauh di tinggalkan..Kapal tu sudah terbang naik balik ke udara....ehehehehh..apa yang terjadi..aku terpinga-pinga. Suasana dalam kapal  rilek je.Ada juga yang terpinga-pinga. Aku pandang mereka, mereka pandang aku .tak ada pun announcement apa-apa dari anak kapal..
 Ternyata kami ke udara >>mau ke mana. Aku melihat laut dan pulau yang berada di bawah.Hendak mendarat di laut??oh jangan..




dan aku perasan setelah agak lama kapal tu pun pusing dan bersedia untuk landing sekali lagi. Aku berdoa semoga kali ni betul-betul landing. Sekali lagi aku standby pegang pemegang kerusi. Seperti keadaan yang tadi..beberapa saat lagi hendak roda kapal hendak mejejak landasan..

Tut-tup sekali lagi kapal memuncung naik balik ke udara..Ah,,sudah..keadaan yagn rilek tadi mulai gempar seketika..yang tadi rilek sudah terpinga-pinga. Yang merungut-rungut pun ada sebab sudah tentu delay. Penumpang kat sebelah aku cakap , habislah kena tinggal dengan bas nak ke Kota Marudu.

Aku rasa jantung semakin berdegup kuat. Kenapa ni kapal tidak mau turun. Mau ke mana ..balik ke KL ke..sempat lagi aku bergurau senda cakap-cakap dengan penumpang yang lain..Ni dah dua kali kapal ni tak jadi mendarat...Kami berlegar-legar lagi di ruang udara ..pemandangan laut dan pulau menjamu mata aku lagi..

dan kali ni aku pasrah..kapal kembali bersedia untuk landing buat kali ketiga. Kedengaran announcement dari anak kapal just say sorry tapi tak bagitau sebab apa..tak apa lah...aku duduk rilek je, malas dah nak pegang pemegang kerusi lagi, menunggu  saja kapal landing dansyukur sangat bila  kali ni betul-beul landing. Terasa gegaran roda kapal menjejak landasan. Safe landing. Semua orang meghela nafas lega. Yang tak sabar-sabar on handphone pun ada.

Huhh ...ni pengalaman pertama dengan kapal terbang .Kalau sebelum ni naik turun kapal rilek tapi lepas ni dah ada perasaan cuak. dan aku pun dah mulai tengok investigation air crash. Fuhh rupanya bermacam hal yang enteng pun boleh menyebabka air crash. Nampaknya memandangkan Kapal Terbang adalah penangkutan tetap buat aku bila hendak pulang ke KK dan kembali k KL, aku harus bersedia dengan apa juga kemungkinan tapi  kalau boleh aku tak nak lagi alami pengalaman sebegini. Takut ehhh..

#Nak standby payung terjun dalam beg tiap kali naik kapal terbang.

Comments

Popular posts from this blog

SOGIT KAMPUNG DUSUN TATANA

SOGIT KAMPUNG SOGIT ni dikenakan apabila seseorang itu telah melanggar peraturan atau pantang larang yg telah ditetapkan oleh sesebuah kampung. Setiap kampung kadang - kadang berbeza cara SOGIT itu dikenakan. Hanya ketua kampung yang layak menjatuhkan hukuman/ SOGIT mengikut hukum adat. Hukuman yg berat boleh dijatuhkan oleh mahkamah anak negeri saha ja jika kes tersebut tidak di bawa ke mahkamah. Contoh - contoh kes :  Kes - kes  yg boleh dikenakan sogit adalah seperti berikut  : 1. mencuri hasil tanaman/ ternakan 2. merosakkan tanaman 3. membunuh haiwan ternakan ( kalu kedapatan bunuh ayam sabung yg banyak kali menang pun kana sogit juga...hehehehe) 4. mengacau anak dara orang ( pelaku ) 5. merogol dengan paksa atau suka sama suka ( kana tobuk tupai dan sekali kedapatan jeng...jeng...jeng... kawin lah ) 6. Tumbuk dengan orang yang tidak bersalah  Sogit kawin bersaudara/1st cousin/2nd cousin/3rd cousin : kalau anak kakak kandung , anak adik , anak abang...

CERITA AKU :UDANG LIPAN??

Hi ..salam.  Cerita aku kali ini adalah tentang udang Lipan. UDANG LIPAN. Pelik sebab ini pertama kali aku tahu dan melihat udang Lipan.Hujung kepalanya macam kepala lipas dengan kaki lipas aku tengok.Hahha  Aku ke pasar malam Kerinchi dan aku memang suka pergi ke bahagian barangan basah. Aku selalu cukup tertarik melihat ikan-ikan yang segar, udang, sotong dan ketam. Ikut hati rasa nak beli semua.Hahaha.. dan tiba -tiba aku terlihat spesis yang pelik sedang di jual. "bang ini apa..?" "ini namanya udang Lipan dik?" "udang Lipan. adakah.Tak pernah dengar pun, tak pernah jumpa kena jual?" "ada, ada jual tapi jarang lah.susah nak jumpa." "ohh..sedap ke....?"banyak betul aku nak tanya .."dear, ling nak try lah.."aku tanya pendapat my dear. "up to you.." jawabnya,turut tertarik melihat spesis udang Lipan ni.  Aku bukan apa. Macam best pula nak try sesuatu yang baru. Kalau tak boleh makan tak kan dia jua...

MIMA LAND-THE ABANDONED WATER THEME PARK

MIMA LAND-THE ABANDONED WATER THEME PARK -syarikat MAGNUM COPERATION...Owner Tan Sri tuttt…Anak Syarikat Melayu- Tahukah anda ? Negara kita pernah memiliki sebuah taman rekreasi yg cukup popular dan terkenal pada era 1980-an yang dikenali sebagai Taman Tema Mimaland dan kini hanya tinggal sejarah. Hanya tinggal tapak dan bekas-bekas kewujudan dan terus pudar daripada ingatan ramai selepas ditutup sepenuhnya. MIMA LAND.. Alkisahnya. Aku terdengar ada satu taman tema lain yang agak popular selain Sunway Lagoon dan berniat kononnya hendak bertandang (sedangkan Sunway Lagoon pun tak masuk lagi..). Aku pun tidak lagi ingat lagi bagaimana aku dapat tahu tentang kewujudan Mima Land yang pastinya aku bukannya tahu kewujudaan Mima Land selepas disenaraikan sebagai tempat seram. Sama sekali tidak. Barangkali kerana aku pernah menonton drama Gila-gila remaja tu jadi berpendapat Taman tu masih wujud. Hihi.. Macam biasa kena tanya Mr. Google. Search di Google dan hasil carian, Mim...