BUKIT BROGA Seawal 5.30 pagi bergerak dari PJ Old town (my home) menuju ke Hulu Langat. Singgah sebentar di Petronas membeli sebotol cappucino dan 100 plus, bun dan makanan ringan untuk bekalan. Kononnya nak bersarapan di atas bukit nanti. Tiba di lokasi seawal jam 6.15 pagi. Bayaran masuk RM2.00 dikenakan. Kawasan parking agak penuh. Rupanya sudah ramai yang datang dan mendaki naik kat atas tu. Sebaik parking kereta, time ni baru nak pilih-pilih dan kemas barang-barang yang nak di bawa .Nak bawa yang penting-penting sahaja. Kiranya aku ni newbie . Ini baru bukit ke tiga aku naik. Tapi aku mencabar diri membawa bebanan dalam beg. Satu botol air 1.5 liter dan 500 liter air mineral serta 500 liter cappucino dan 500 liter 100 plus. Selebihnya makanan ringan dan harta peribadi. Power bank tak tinggal . Keadaan masih gelap. Kedengaran suara auntie dari sebuah pondok menjual torch light . Aku melangkah kaki dengan azam dan misi menawan puncak Broga. Yang menyebalkan Enci
" All people have lots of ways to tell stories, and have a different story to tell" Semua orang punya banyak cara untuk bercerita, dan memiliki cerita yang berbeda pula untuk menceritakannya."