HATYAI 1.0-
21/4/2017-23/4/2017
Trip with travel agents-CCBC
TUKARAN MATA WANG
ASING.
Buat pertukaran mata
wang di AMCorp Mall PJ. RM258.00 dapatlah 2,000.00 Baht. Cukup lah. Dia bagi 1K
Baht 2 keping.Dua keping je. Ringan purse aku.
DAY 1-21/4/2017 (Friday/Jumaat)
Journey start
9.30 pm bergerak ke LRT dan terus ke KL
Sentral. Meeting point kat Burger King, KL Sentral pada jam 10.30pm. Macam
biasa. Menunggu sakanlah. Peserta terdiri daripada Kak Nams, selaku guide
and co driver, driver (adik lelaki Kak Nams), wife driver and
anak kecik diorang, dua orang. Dua orang nenek adik beradik, dua pasang anak
beranak, mak dan anak je, tiga orang single. Total 14 orang and all perempuan
except Driver. Hihii.
10.58 pm perjalanan
dimulakan. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 6 jam, dengan siap singgah
sekejap di beberapa hentian.
DAY 2-22/4/2017
(Saturday/Sabtu)
5.31 am- Hentian
Tiba
di satu perhentian. Aku tak ingat nama hentian tu. Kak Nams mngumpulkan passport kami semua dan membawanya
turun. Dengarnya untuk urusan insuran.
Yang pastinya urusan tu terasa lama. Van berhenti tapi kami semua kekal di
dalam van, teruskan membuta. Tidak lama kemudian, Kak Nams kembali dan perjalanan diteruskan.
6.00 am-Masjid
Stop
di sebuah masjid untuk siapa yang hendak solat. Dan boleh tumpang pinjam wash
room untuk cuci muka dan apa-apa yang patut. Selesai semuanya kami kembali menapak
masuk ke dalam van. Passport diagihkan bersama dengan white card iaitu Departure
and Arrival Card. Opss..satu passport kepunyaan nenek tiada. Van kembali ke
tempat perhentian tadi. Kak Nams turun. Nasib baik ada passport nenek tu.
Patutnya masa dah ambil passort tu kena lah check dulu cukup tak. Haha..tak pe.
Lepas ni jangan ulangi.
7.30am-Border Bukit Kayu Hitam.
Perjalanan
diteruskan menuju ke border dan aku perasan kami lalu masjid yang kami singgah
tadi. Rupanya masjid tu dekat dengan
Border. Corner je dah sampai Border Malaysia Border Bukit Kayu Hitam. Kalau
bukan patah balik pergi cari passport tadi mungkin lebih awal lagi dapat masuk.
Hihii. Kat sini semua penumpang kena turun bawa passport dan beg tangan. Pegawai
check passport je . Kat depan naik van semula. Menuju ke border Thailand
Danok/Sadao. Sempat lagi bergurau senda dengan abang pegawai imigresen. Ewahh.
8.00 am- Border Thailand Danok/Sadao
Ketika
di sini, sekali lagi kena turun dan que untuk dapatkan pengesahan dan cop memasuki
Thailand dari pihak imigresen. Jem dan sesak amat. Bila dah sampai giliran, kena
berdiri di bulatan yang di tandakan untuk menghadap kamera sambil tengok tukang
cop mengunyah-ngunyah sesuatu. Siap boleh makan lagi. After dah lepas, Van pula
sangkut . So kena menunggu lagi.
8.30 am- Pekan Danok/Sadao
Sejurus masuk sempadan, kami
terus berada di dalam pekan Sadao. Yeahh. Bosan menunggu Van siap di periksa, tengok
orang lain makan buah teringin pula. Tambahan pula nak pecah kan duit. Tapi
duit besar. Beli buah berapa baht je. Tapi kakak jual buah tu kata ok, ada
tukar. Dan paling best akak tu boleh berbahasa melayu. Senang betul urusan
kalau macam ni. Kiranya first rasmikan duit baht dengan beli buah potong, Tembikai
seplastik berharga 30baht yang aku anggap RM3.00. Kalau ikut kiraan tukaran
matawang dah lebih mahal sebenarnya. Puas hati sebab tembikai tu banyak. Kenyang
.
Waktu Thailand ni lewat satu
jam daripada waktu Malaysia. Tapi aku taklah setkan jam ikut waktu Thailand
Malas. Kalau nak tahu masa sebenar, tolak 1 jam ke belakang saja.
Urusan Van siap dan kami
naik ke dalam Van. Singgah sebentar kat stall tepi jalan di pekan Sadao. Aku
memilih lunch ops…breakfast sebenarnya (cuaca dan panas mentari membahang macam
dah jam 1 tengahari) Nasi kerabu. Nasi kerabu tu ada sedikit bihun goreng kicap
dan telur rebus sebiji, berharga 20 Baht. Nasi Lebih murah daripada buah tadi. Selesai
mengisi perut, perjalanan diteruskan. Dalam perjalanan, pemandangan kami adalah
deretan lori-lori besar que menuju ke Border. Barisan terlalu panjang tak
habis-habis. Akhirnya kami terlena dalam perjalanan. setelah agak lama, aku
terjaga. Aku kira-kira sudah jam 2 petang. Rupanya baru jam 11 pagi Malaysia.
Jam Thailand, baru 10.30 pagi lah. Oww. Aku bangun memerhati sepanjang jalan. Tak
jauh beza jalan di Malaysia. Yang aku perasan sepanjang jalan terdapat gambar Raja
mereka yang dah passed away setahun lalu tu.
11.30-am-Nora
Plaza
Destinasi pertama, ke Nora
Plaza. Nora
Plaza kedaimenjual pelbagai jenis barangan kulit seperti handbag, kasut, wallet,
macam-macam barangan kulit lain, barangan emas, jed, cenderahati pakaian dan souvenier. Bila
turun Van je, setiap orang yang datang akan diberi kad diskaun 20% ini. Apa-apa
barang yang dibeli di dalam ini akan mendapat diskaun 20% .
Selain tu ada kedai jual air sarang burung kalau nak cuba So kat sini tak beli
apa-apa pun sebab mungkin kat tempat lain nanti lebih banyak pilihan kan. Habis
round aku naik Van semula menanti yang lain habis shopping. Langit mulai gelap.
Hujan mulai turun dengan lebat. Sekembalinya merek ake Van, perjalanan di
teruskan ke Kilang gajus.
12.30-pm
Kilang gajus
Terbayang kat fikiran macam
manalah proses biji gajus. Bila sampai je kat kilang tu. Bukan kilang daa. Sekali
tempat jual kacang-kacang, junk food, mee magie, tomyum paste, sotong, ikan and buah kering. Memang
sampai-sampai je tak sempat ambil gambar, terus shopping Hehe. Makanan tu,
boleh lah buat kudap-kudapan. Selesai je
shopping, kitaorg gerak ke tempat Thai house of honey
01.30pm
– Thai house of honey
Destinasi terakhir untuk dilawati, Thai house of honey. Sampai
je kat tempat madu lebah tu, kitaorang dijemput la masuk tengok tayangan video
pasal lebah ni. Pelbagai jenis dan kegunaan serta bahan2nya dari pelbagai jenis
ada yang sari sengat lebah, madu lebah, sarang lebah dan macam-macam lagi la. Dia
bagi rasa sikit dan promote la suruh
beli. Kita tengok je, tak beli pun. Selain tu produk lain
seperti produk kesihatan sehingga ke penjaga muka, luar dalam semuanya
ada dijual di sini juga.
2.00
pm-HATYAI HOTEL
Check in Hotel. Setengah
hari aktiviti tiada. Rugi pula masa. haha..tapi yela. Driver kena rest.
Kitorang pun semalam tidur tak lena. Lagian aku tak tau lagi naik transport
camana kat sini, tak de teman keluar pula. Kalau ada teman mungkin
aku dah keluar daripada buang masa setengah hari. Dalam fikiran nak p ice dome
or Munipical Hill memandangkan yang tu tiada dalam trip.
Jam 7.30pm
i) Lee Gardens Plaza
i) Lee Gardens Plaza
Berkedudukan di
tengah-tengah bandar. Kawasan yang menjadi pilihan tourist untuk stay kerana berdekatan
dengan Lee Garden Plaza. Kitaorang ambil Tuk-tuk 20 baht sorang menuju ke pasar
malam Lee Garden ni. So kat sini cuci mata dn beli lah apa yang berkenan. Aku
tanpa buang masa pergi beli souvenir dulu.
Add caption |
Add caption |
ii) Restoran Salma
So memandangkan rombongan geng muslim. so semua makan dekat kedai halal. Restorant Salma ni agak popular di kalangan orang pengunjung muslim. ISo, makan malam di sini je.
So memandangkan rombongan geng muslim. so semua makan dekat kedai halal. Restorant Salma ni agak popular di kalangan orang pengunjung muslim. ISo, makan malam di sini je.
DAY 3: 16/4/2017 (Sunday / Ahad)
8.30 am Magic
Eye.
Magic Eye ada je kat Malaysia. Harga tiket agak mahal coz ada magic show lagi dan. So semua decided tak nak masuk, just ambil gambar kenangan kat luar je.
Magic Eye ada je kat Malaysia. Harga tiket agak mahal coz ada magic show lagi dan. So semua decided tak nak masuk, just ambil gambar kenangan kat luar je.
9.40am
Wat Hat Yai Nai Temple
Alternatif Visit.
Memandangkan kami hanya menaiki van dan telah skip Magic Eye, so Kak Nams bawa
kami ke Wat Buddha baring mereng menopang tangan sambil senyum. Hihi. Sampai
kat sini terus ambil gambar dengan rasa waw. So, dah dapat ambil gambar dengan
mercu tanda Thailand patung Budha jadi aku baru rasa sah dah sampai Thailand.
Hehe.
Sampai je aku ingatkan
mereka nak singgah sembahyang tapi terus ke hujung jalan ke kawasan tanah
lapang dan berhenti ambil gambar saja. Suasana seakan Taj Mahal. After Google
aku find out that Masjid ni jadi tumpuan rakyat Malaysia yang kahwin lari.
Hihi. Masjid sentral songkhla
antara destinasi untuk dikunjungi jika berkunjung ke Hatyai/Songkhla. Terletak
di satu kawasan lapang di tengah-tengah laluan utama Hatyai Songkhla dan kini
menjadi mercu tanda baru destinasi lawatan terutama pelancong dari Malaysia.
11.30 am Tangkuan
hill
Tang Kuan Hill terletak tak
jauh dari Pantai Samila. Hendak ke puncak ibarat seperti di Bukit Bendera di
Pulau Pinang .Kalau di Bukit Bendera sekarang ni ada tren elektrik untuk naik ke atas
dan di Tang Kuan Hill ni pulak ada lif
yang mencondong naik. Muatlah dalam 15 orang kot. Tak lama. 5 minit dah sampai. Samapi
kat atas bermula lah menjelajah , menikmati pemandangan dan matahari sangat terik. Dari puncak, anda boleh melihat panorama 360 darjah
bandar Songkhla yang terletak di pinggir laut. Setelah turun, kat bawah
dekat tangga pintu masuk yang lain pekena
aiskrim kelapa dulu depan. Aku tumpang rasa je. Rasa biasa. Hihi. Makcik jual
aiskrim siap bagi tu bagi air kelapa
percuma letak dalam cawan.
1.00 pm samila beach
Pantai Samila, Songkhla. ramai
berkelah di bawah pokok patung ikan
duyung emas adalah mercu tanda Pantai Samila. Terdapatjuga binan
yang lain. Kucing dan tikus. Manga 30 baht.
2
pm. Lunch
75 baht. Tiba-tiba rasa
mahal.Haha
Add caption |
4.00pm-Hatyai Khlong Hae Floating Market
Add caption |
Add caption |
Add caption |
8.30
pm-ASEAN
DAY
4 24/4/2017 (Monday/Isnin)
Morning
Walking-Lee Garden Pagi tu akak sebilik ajak aku
jalan-jalan kat area kami tak pergi semalam berdekatan hotel. Memandangkan tak
de apa- dai ajak anku naik tuk-tuk ke Lee Garden. Pagi-pagi pun ada berjualan
tapi tak semenari semalam. Akak ni asyik nak cari pulut manga .Last-last aku
pun beli juga lah. Time balik tuk tuk tu
tu pusing bandar samapi rasa dah ke mana ni. Nasib baik sampai hotel on time.
Kami naik atas ambil beg dan turun. Ada orang jual manga siap bagi test bila
kawan aku tak beli. Membebel dia.hihi
Singgah
Kiang Gajus. Semua sepakat na singgah kat
sini. Ok aku pun gunakanlah baht terakhir aku tu. Tapi saja tinggal kan 20baht
sbg kenangan. Hihi
Perjalalan
Menuju ke Imigresen-Kak
Nams kata nak singgah danok .Punyalah aku tak tau Danok tu kat Sadao tu juga,
berhmpiran imigresen. Haha. Kat sana aku mampak kedai jual tiket bas ke
Malaysia..ehh Malaya.. Sabah Sarawak tak sampai lah. Kat sini last shopping
lagi.
Kami ke imigresen. Kali ni
kena baris panjang juga , tapi cop passport dalam bangunan ada aircond. Moment tak
best. Pegawia tu dah cop pastu dia campak d meja. Aku nak ambik pastu jadi ragu-ragu.dah
siap ke. Pegawai tu dengan kasar tunjuk guna mulut “huuu!!!” kata nya. Kuang ajo. Leps tu
melepasi sempadan. Just lalu . Tada dah kembali ke Malaysia.
Singgah
rnr gurun- untuk mengisi perut sebelum kembali
meneruskan perjalanan. Suakr nak lelapkan mata sebab huajn sangat lebat dan van
pun terasa laju. Hihi. Kali ni perjalana tanpa ada berhenti-henti.
Jam 10 sampai kl
TRIP END
+
Comments
Post a Comment