Skip to main content

Journey to Mallaca-Part 1-Day 1


Day one

Aku terjaga jam sudah menunjukkan jam 7.30 pagi. Aku bangun terkejut. Apa taknya semalam aku selesai berkemas pun dah jam 1.30 pagi. Dah biasa. Asal nak berjalan jauh keesokannya sukar hendak tidur maka itulah waktunya aku menyelesaikan perkara packing memacking barang ke dalam beg. Lantas aku bersiap. Mengapa?Kerana hari ni aku harus ke airport untuk menjemput mamy, dady dan dua orang adik aku kemudian meneruskan perjalanan ke Melaka Selesai segalanya dari rumah aku mengambil bas free (kebetulan lalu) ke stesen LRT Taman Jaya. Dari sana menaiki LRT aku terus ke KL Sentral. Dan ambil bas lagi untuk ke KLIA2 (lapangan terbang baru. Sebelumnya LCCT) ini first time pergilah ni. Tiket bas masih sama harganya.
Kira-kira lebih kurang jam 9.45, aku masih dalam highway Putrajaya  mamy call. Katanya mereka dah sampai .Huarghh. Awalnya. Aku suruh tunggu dalam setengah jam lagi. Aku sangka paling-paling pun akan sampai jam 10.15 sebab flight dr KK ke KL jam 7.50. Aku call adik aku suruh diorang cari stesen bas and jumpa kat sana memandangkan mereka dah tiba awal. Sekurang-kurangnya bila aku sampai tak payah cari-cari diorang lagi.
Sedar tak sedar aku dah sampai pun kat airport. Next. Harus ke Terminal Bandar Tasik Selatan (TBS) pula. Aku bertanyakan sekiranya ada bas ke TBS dan jam berapa. Kata mereka ada pukul 10.00. Jadi aka bergegas naik naik keatas cari diorang sebab diorang kata tak jumpa stesen bas. Nasib baik naik je dah nampak diorang kat atas. Kelihatan dady berwajah serius and lucu pun ada.Hee..mamy kata dady cerewet betul dari dalam kapal lagi. Emm..risau ni. Ini first time berjalan-jalan macma ni dengan dady semenjak dewasa ni. Memang agak janggal sedikit sebab dady aku tu lain sikit perangainya. Aku terus bawa diorang turun ke bawah dan beli tiket bas. Dapatlah bas. Jam tu juga dia nak jalan. Dady tengok orang hisap rokok sempat pula nak pergi cari rokok. Aku temankan. Bukan apa aku takut orang tak faham apa yang dady aku cakap.Heee...

Setiba di TBS, aku rasa macam di perdajalkan oleh dreber bas tu je sebab dia turunkan kitaorang di bustop..Emm..aku pun 1st time. Tak tahu kalau memang di turunkan kat sana. Ingatkan kena hantar depan pintu Terpaksalah kitaorang jalan sikit.Kelakar pula, dady complaint sebab bas sebesar-besar tu hanya kami berlima dan seorang penumpang yang lain saja.
“Bas besar, kita-kita saja rupanya. Apa faedah tu..” katanya. Hee..



Kali ni kena baris lagi nak beli tiket ke Melaka  Sentral pula. Dah set dalam kepala nak naik bas transnasional tapi aku dah suruh adik aku baris kat kaunter bas lain sementara aku baris di kaunter transnasional. Memandangkan giliran dia dah sampai aku pun pergi kat tempat dia which is dah lain bas.  Mana-mana sajalah.

Aku hairan kenapa orang kat kaunter tu nak minta nama semua dan tanya umur adik yang kecil ni. Ohh, rupanya setiap tiket di cetak nama penumpang dan ada diskaun untuk kanak-kanak2. Bagusnya. Boleh simpan tiket buat kenang-kenangan.

Sementara menunggu, kitaorang pergi makan. Waduhh..hendak beli makanan di food court TBS ni je aku dah berpeluh. Bingung aku. Kena pakai kad. Dah bingung-bingung baru aku nampak papan iklannya. Nak bagi duit kat diorang je pun susah sangat.Tak nak duit ke. Aiyoo..

Selesai makan kitaorang check in.Wahh..macma kat airport pula nak check in bagai. Kat bawah. Tunggu lagi. Duduk dulu sementara pintu belum di buka, bas belum datang dan announcement belum di buat. Memang kelass gilerlah TBS ni. Kemudian lebih kurang jam 11 lebih, Guesthouse yang aku booking kat Melaka call aku nak confim kalau aku datang. Sebab bising sangat aku meluru nak keluar ikut salah satu pintu. Sia-sia je aku kena marah sebab nak keluar pintu khas tu. Hahah..kan dah kata macam kat airport securitynya.

Dady pula terlilau-lilau memerhati macam pelik. Memang lah first time kan.Kalau orang tengok macam jakun tapi aku rasa biasalha lah tu dan rasa lucu tengok gelagat dady.

Penat menanti, akhirnya bas tiba.

Erm..panas hati betul bas tu ingatkan mula-mula masa naik memang tak on aircond lagi. Bayangkan 2 jam 40 minit. NO AIRCOND!! Macam nak mengamuk je...boleh diroang sediakan bas gitu ,Hampeehh betul. Aku kah yang silap pilih bas. Mana lah tahu begini kejadiannya. Kuang asam betui..Dengan jammed lagi sebab ada eksiden..tension gile. Nasiblah dady aku yang cerewet tu aku tak dengar pula dia merungut.

Setiba Melaka Sentral, Hee..kena cari bas lagi. Aku dah rasa tension ni kan pula orang tuaku, terutama dady aku yang aku baru tahu seorang yang cerewet tu. Kali ni tunggu bas city je. Aku dok dengar sorang pakcik berpakaian baju Melayu, yala kan raya tapi kena bertugas, panggil-panggil kat port menunggu bas No. 7 yang mana ada tertulis nama tempat ujong pasir yang mana Mahkota Paradelah juga tu.Itulah lokasi aku nak pergi. tapi orang yang tunggu kat sana buat tak peduli je jadiaku pun terus menanti tapi sebab lama sangat aku try pergi keluar dan pakcik tu bertanya aku nak pergi ke mana. Aku kat nak ke Mahkota Parade. Katanya naik bas tu. Astaga, kalau ku tahu dari tadi lagi aku naik. Yala, dah tak nampak pun bas tu tulis no. 7. Katanya bas itu lalu kat sana juga. Huhh, nasib baik mumy and dady dapat tempat duduk. Aku bagitahu lah yang ni bas last kitaorang naik sebab lepas ni terus ke hotel.

Biasanya Hari Raya pertama, yala cuti kan mesti jammed tapi tak delah jammed pun. Biasa je.
So setibanya di dekat menara Taming Sari aku tekan lonceng bas. Jauh nun sana dekat MCDonald bas tu turunkan aku. Memang kena jalan jauh lagilah. Tak jauh mana tapi guesthouse tu dah lepas belakang sana.

Huhh..lega bila sampai tempt istirihat. Selesai berurusan kami dapat kunci dan masuk ke bilik. Nyaman. Arghh dady buat hal pula , tak nak naik. Dia dah letih jalan banyak dan rasa tak selesa dengan kasutnya. Nak beli seliapr katanya. Yang kelakarnya selagi selipar tak dibeli selagi tu dia tak naik. Adoii.....

So malam tu kami rehat dulu and dalam jam 8 malam macam tu aku ajak keuar jalan-jalan ke Mahkota Parade lepas tu ke Dataran Pahlawan. Ahh..sudah. Mamy tiba-tiba lemas and sakit kaki. Jadi terpaksa stop sekejap dan mamy rehat. Nampaknya kami haru pulang ke guesthouse ni. Langsung pulang. Tak makan malam lagi ni. Jadi kami masak magie je lah. Dady  awal-awal lagi dah beli magie bila tahu boleh masak. Kami makan je lah apa yang ada. Kebetulan pula aku tak lapar sebab asyik makan dan ada bawa bekal dari rumah pagi tadi. Huhu..kebetulan mamy ada awa jeruk bambangan dan tuhau untuk aku. Fuhh....layan tu je lah.





Comments

Popular posts from this blog

SOGIT KAMPUNG DUSUN TATANA

SOGIT KAMPUNG SOGIT ni dikenakan apabila seseorang itu telah melanggar peraturan atau pantang larang yg telah ditetapkan oleh sesebuah kampung. Setiap kampung kadang - kadang berbeza cara SOGIT itu dikenakan. Hanya ketua kampung yang layak menjatuhkan hukuman/ SOGIT mengikut hukum adat. Hukuman yg berat boleh dijatuhkan oleh mahkamah anak negeri saha ja jika kes tersebut tidak di bawa ke mahkamah. Contoh - contoh kes :  Kes - kes  yg boleh dikenakan sogit adalah seperti berikut  : 1. mencuri hasil tanaman/ ternakan 2. merosakkan tanaman 3. membunuh haiwan ternakan ( kalu kedapatan bunuh ayam sabung yg banyak kali menang pun kana sogit juga...hehehehe) 4. mengacau anak dara orang ( pelaku ) 5. merogol dengan paksa atau suka sama suka ( kana tobuk tupai dan sekali kedapatan jeng...jeng...jeng... kawin lah ) 6. Tumbuk dengan orang yang tidak bersalah  Sogit kawin bersaudara/1st cousin/2nd cousin/3rd cousin : kalau anak kakak kandung , anak adik , anak abang...

CERITA AKU :UDANG LIPAN??

Hi ..salam.  Cerita aku kali ini adalah tentang udang Lipan. UDANG LIPAN. Pelik sebab ini pertama kali aku tahu dan melihat udang Lipan.Hujung kepalanya macam kepala lipas dengan kaki lipas aku tengok.Hahha  Aku ke pasar malam Kerinchi dan aku memang suka pergi ke bahagian barangan basah. Aku selalu cukup tertarik melihat ikan-ikan yang segar, udang, sotong dan ketam. Ikut hati rasa nak beli semua.Hahaha.. dan tiba -tiba aku terlihat spesis yang pelik sedang di jual. "bang ini apa..?" "ini namanya udang Lipan dik?" "udang Lipan. adakah.Tak pernah dengar pun, tak pernah jumpa kena jual?" "ada, ada jual tapi jarang lah.susah nak jumpa." "ohh..sedap ke....?"banyak betul aku nak tanya .."dear, ling nak try lah.."aku tanya pendapat my dear. "up to you.." jawabnya,turut tertarik melihat spesis udang Lipan ni.  Aku bukan apa. Macam best pula nak try sesuatu yang baru. Kalau tak boleh makan tak kan dia jua...

MIMA LAND-THE ABANDONED WATER THEME PARK

MIMA LAND-THE ABANDONED WATER THEME PARK -syarikat MAGNUM COPERATION...Owner Tan Sri tuttt…Anak Syarikat Melayu- Tahukah anda ? Negara kita pernah memiliki sebuah taman rekreasi yg cukup popular dan terkenal pada era 1980-an yang dikenali sebagai Taman Tema Mimaland dan kini hanya tinggal sejarah. Hanya tinggal tapak dan bekas-bekas kewujudan dan terus pudar daripada ingatan ramai selepas ditutup sepenuhnya. MIMA LAND.. Alkisahnya. Aku terdengar ada satu taman tema lain yang agak popular selain Sunway Lagoon dan berniat kononnya hendak bertandang (sedangkan Sunway Lagoon pun tak masuk lagi..). Aku pun tidak lagi ingat lagi bagaimana aku dapat tahu tentang kewujudan Mima Land yang pastinya aku bukannya tahu kewujudaan Mima Land selepas disenaraikan sebagai tempat seram. Sama sekali tidak. Barangkali kerana aku pernah menonton drama Gila-gila remaja tu jadi berpendapat Taman tu masih wujud. Hihi.. Macam biasa kena tanya Mr. Google. Search di Google dan hasil carian, Mim...