Skip to main content

SOGIT KAMPUNG DUSUN TATANA

SOGIT KAMPUNG
  • SOGIT ni dikenakan apabila seseorang itu telah melanggar peraturan atau pantang larang yg telah ditetapkan oleh sesebuah kampung. Setiap kampung kadang - kadang berbeza cara SOGIT itu dikenakan.

  • Hanya ketua kampung yang layak menjatuhkan hukuman/ SOGIT mengikut hukum adat. Hukuman yg berat boleh dijatuhkan oleh mahkamah anak negeri sahaja jika kes tersebut tidak di bawa ke mahkamah.

  • Contoh - contoh kes : Kes - kes  yg boleh dikenakan sogit adalah seperti berikut :
    1. mencuri hasil tanaman/ ternakan
    2. merosakkan tanaman
    3. membunuh haiwan ternakan ( kalu kedapatan bunuh ayam sabung yg banyak kali menang pun kana sogit juga...hehehehe)
    4. mengacau anak dara orang ( pelaku )
    5. merogol dengan paksa atau suka sama suka ( kana tobuk tupai dan sekali kedapatan jeng...jeng...jeng... kawin lah )
    6. Tumbuk dengan orang yang tidak bersalah 

  • Sogit kawin bersaudara/1st cousin/2nd cousin/3rd cousin :

    kalau anak kakak kandung , anak adik , anak abang [kandung] ..'sepupu' , pada adat bangsa dusun difahamkan memang tidak boleh , kalu menurut adat lama , sehingga 4 kali sepupu baru boleh kawin , itu kalau mengikut adat lama ...

    dalam situasi sebegini akan diadakan 'pitas' , pitas ini kononnya sebagai membuang segala yang 'panas' , sebagai membuang sial agar tidak memberi kesan buruk pada pasangan itu , biasanya binatang yang akan dijadikan korban adalah kerbau , kerbau akan disembelih dekat dengan air yang mengalir dan darahnya akan dihanyutkan . konon sebagaimana air yang mengalir maka 'sial' itu begitulah adanya jua , mengalir hanyut tidak kan kembali lagi ..



  • Senarai SOGIT lain: 

    1. sogit bertunang sekiranya ada kaitan keluarga yang terdekat.supaya x panas perkahwinan mereka kelak.

    2. sogit digigit anjing - sekiranya kita ke rumah jiran yg ada anjing, lalu digigit anjing, tuan rumah akan membawa ayam sebagai sogit,..sebab anjing dia telah mengigit kita. 

    3. sogit mengandung - 1 kampung akan diberi daging kerbau sebagai sogit tutup malu..

    4. sogit masuk islam - sekiranya tukar agama, kena sogit juga..

Comments

Popular posts from this blog

CERITA AKU :UDANG LIPAN??

Hi ..salam.  Cerita aku kali ini adalah tentang udang Lipan. UDANG LIPAN. Pelik sebab ini pertama kali aku tahu dan melihat udang Lipan.Hujung kepalanya macam kepala lipas dengan kaki lipas aku tengok.Hahha  Aku ke pasar malam Kerinchi dan aku memang suka pergi ke bahagian barangan basah. Aku selalu cukup tertarik melihat ikan-ikan yang segar, udang, sotong dan ketam. Ikut hati rasa nak beli semua.Hahaha.. dan tiba -tiba aku terlihat spesis yang pelik sedang di jual. "bang ini apa..?" "ini namanya udang Lipan dik?" "udang Lipan. adakah.Tak pernah dengar pun, tak pernah jumpa kena jual?" "ada, ada jual tapi jarang lah.susah nak jumpa." "ohh..sedap ke....?"banyak betul aku nak tanya .."dear, ling nak try lah.."aku tanya pendapat my dear. "up to you.." jawabnya,turut tertarik melihat spesis udang Lipan ni.  Aku bukan apa. Macam best pula nak try sesuatu yang baru. Kalau tak boleh makan tak kan dia jua...

MIMA LAND-THE ABANDONED WATER THEME PARK

MIMA LAND-THE ABANDONED WATER THEME PARK -syarikat MAGNUM COPERATION...Owner Tan Sri tuttt…Anak Syarikat Melayu- Tahukah anda ? Negara kita pernah memiliki sebuah taman rekreasi yg cukup popular dan terkenal pada era 1980-an yang dikenali sebagai Taman Tema Mimaland dan kini hanya tinggal sejarah. Hanya tinggal tapak dan bekas-bekas kewujudan dan terus pudar daripada ingatan ramai selepas ditutup sepenuhnya. MIMA LAND.. Alkisahnya. Aku terdengar ada satu taman tema lain yang agak popular selain Sunway Lagoon dan berniat kononnya hendak bertandang (sedangkan Sunway Lagoon pun tak masuk lagi..). Aku pun tidak lagi ingat lagi bagaimana aku dapat tahu tentang kewujudan Mima Land yang pastinya aku bukannya tahu kewujudaan Mima Land selepas disenaraikan sebagai tempat seram. Sama sekali tidak. Barangkali kerana aku pernah menonton drama Gila-gila remaja tu jadi berpendapat Taman tu masih wujud. Hihi.. Macam biasa kena tanya Mr. Google. Search di Google dan hasil carian, Mim...