Skip to main content

Ambuyat - Pinantung - Sagu (Makan Tradisional Kuala Penyu)

  • Sagu dikenali juga di dalam bahasa Dusun Tatana sebagai Pinantung dan bahasa Brunai sebagai ambuyat. Tepung sagu yang diperoleh dari pokok rumbia diproses untuk mendapatkan sagunya. Untuk membuat Pinantung, tepung sagu dalam kuantiti yang sederhana (bergantung kepada tahap kelaparan dan kerinduan terhadap makanan tradisi ini) dibubuh di dalam besen kecil dan dicampurkan dengan sedikit air serta digaul rata. Seterusnya air yang mendidih dituangkan ke dalam besen yang berisi tepung sagu yang dilarutkan dengan sedikit air tadi. Dengan suhu kepanasan air yang mendidih, pinantung akhirnya berjaya diproses.
  • Pinantung perlu dimakan dengan menggunakan sumpit. Sumpit adalah sejenis penyepit diperbuat daripada pelepah rumbia yang berbentuk "V". Selain daripada sumpit garpu juga boleh digunakan. Walau bagaimanapun, ada baiknya penggunaan sumpit digalakkan kerana, biarlah cara tradisi dilayan dengan alat tradisional.
  • Pinantung perlu di"sungkil"(proses menggunakan sumpit untuk menggulung pinantung) dengan menggunakan Sumpit. Sungkilan pinantung bergantung kepada si pemakan. Selalunya pihak lelaki suka membuat sungkilan yang sangat besar daripada saiz mulut mereka sendiri. Keadaan ini kadang-kadang merisaukan kerana si pemakan mungkin Nogulanan(tersedak)!! Walau bagiamanapun perkara ini sebenarnya hanya kerisauan mata kasar, ia tidak akan terjadi sedemikian kerana, gulungan pinantung tadi harus dicecah dengan kuah bambangan dan diseterusnya dimasukkan ke dalam mulut. Kebiasaaannya, pinantung ini terus ditelan dan jarang dikunyah.

Comments

Popular posts from this blog

SOGIT KAMPUNG DUSUN TATANA

SOGIT KAMPUNG SOGIT ni dikenakan apabila seseorang itu telah melanggar peraturan atau pantang larang yg telah ditetapkan oleh sesebuah kampung. Setiap kampung kadang - kadang berbeza cara SOGIT itu dikenakan. Hanya ketua kampung yang layak menjatuhkan hukuman/ SOGIT mengikut hukum adat. Hukuman yg berat boleh dijatuhkan oleh mahkamah anak negeri saha ja jika kes tersebut tidak di bawa ke mahkamah. Contoh - contoh kes :  Kes - kes  yg boleh dikenakan sogit adalah seperti berikut  : 1. mencuri hasil tanaman/ ternakan 2. merosakkan tanaman 3. membunuh haiwan ternakan ( kalu kedapatan bunuh ayam sabung yg banyak kali menang pun kana sogit juga...hehehehe) 4. mengacau anak dara orang ( pelaku ) 5. merogol dengan paksa atau suka sama suka ( kana tobuk tupai dan sekali kedapatan jeng...jeng...jeng... kawin lah ) 6. Tumbuk dengan orang yang tidak bersalah  Sogit kawin bersaudara/1st cousin/2nd cousin/3rd cousin : kalau anak kakak kandung , anak adik , anak abang...

CERITA AKU :UDANG LIPAN??

Hi ..salam.  Cerita aku kali ini adalah tentang udang Lipan. UDANG LIPAN. Pelik sebab ini pertama kali aku tahu dan melihat udang Lipan.Hujung kepalanya macam kepala lipas dengan kaki lipas aku tengok.Hahha  Aku ke pasar malam Kerinchi dan aku memang suka pergi ke bahagian barangan basah. Aku selalu cukup tertarik melihat ikan-ikan yang segar, udang, sotong dan ketam. Ikut hati rasa nak beli semua.Hahaha.. dan tiba -tiba aku terlihat spesis yang pelik sedang di jual. "bang ini apa..?" "ini namanya udang Lipan dik?" "udang Lipan. adakah.Tak pernah dengar pun, tak pernah jumpa kena jual?" "ada, ada jual tapi jarang lah.susah nak jumpa." "ohh..sedap ke....?"banyak betul aku nak tanya .."dear, ling nak try lah.."aku tanya pendapat my dear. "up to you.." jawabnya,turut tertarik melihat spesis udang Lipan ni.  Aku bukan apa. Macam best pula nak try sesuatu yang baru. Kalau tak boleh makan tak kan dia jua...

MIMA LAND-THE ABANDONED WATER THEME PARK

MIMA LAND-THE ABANDONED WATER THEME PARK -syarikat MAGNUM COPERATION...Owner Tan Sri tuttt…Anak Syarikat Melayu- Tahukah anda ? Negara kita pernah memiliki sebuah taman rekreasi yg cukup popular dan terkenal pada era 1980-an yang dikenali sebagai Taman Tema Mimaland dan kini hanya tinggal sejarah. Hanya tinggal tapak dan bekas-bekas kewujudan dan terus pudar daripada ingatan ramai selepas ditutup sepenuhnya. MIMA LAND.. Alkisahnya. Aku terdengar ada satu taman tema lain yang agak popular selain Sunway Lagoon dan berniat kononnya hendak bertandang (sedangkan Sunway Lagoon pun tak masuk lagi..). Aku pun tidak lagi ingat lagi bagaimana aku dapat tahu tentang kewujudan Mima Land yang pastinya aku bukannya tahu kewujudaan Mima Land selepas disenaraikan sebagai tempat seram. Sama sekali tidak. Barangkali kerana aku pernah menonton drama Gila-gila remaja tu jadi berpendapat Taman tu masih wujud. Hihi.. Macam biasa kena tanya Mr. Google. Search di Google dan hasil carian, Mim...