Skip to main content

Posts

KU SANGKA HANTU..

Sibuk melayari internet, bergaduh, berbahas dengan orang-orang yang tidak penting dalam hidup ni, aku meneruskan hobi melayari blog, tiba-tiba satu entry bertajuk "rumah sewaku di seremban" mengamit hatiku untuk membacanya...baca tajuk je dah tau ni mesti rumah sewa berhantu. Entah kenapa, aku pun baca juga walaupun takut..jeng-jeng jam sudah pukul 3 pagi..whattss??!! (bahasa apa ni)..3 pagi!! baca punya baca..berstage pula dan semakin seram  sampai terbayang-bayang pula ada orang perhati dari belakang..yela aku duk membelakang katil, kot-kot ada yang landing perhati aku tapi aku buat rilek.kata kupu-kupu malam. Apa nk takut malam. tuttt..rasa nak ke toilet,lagipun dah nak tidur ni, jadi aku buka pintu bilik, syukur lah terang benderang. Biasanya ada yang tukang tutup, nak jimat elektrik katanya. Ke dapur biasalah, lampu tutup, lampu kamar mandi pun off kecuali lampu toilet. Siap aku perhati tingkap dekat kamar mandi yang transperant tu, yang aku nampak pemandangan ...

CERITA AKU :UDANG LIPAN??

Hi ..salam.  Cerita aku kali ini adalah tentang udang Lipan. UDANG LIPAN. Pelik sebab ini pertama kali aku tahu dan melihat udang Lipan.Hujung kepalanya macam kepala lipas dengan kaki lipas aku tengok.Hahha  Aku ke pasar malam Kerinchi dan aku memang suka pergi ke bahagian barangan basah. Aku selalu cukup tertarik melihat ikan-ikan yang segar, udang, sotong dan ketam. Ikut hati rasa nak beli semua.Hahaha.. dan tiba -tiba aku terlihat spesis yang pelik sedang di jual. "bang ini apa..?" "ini namanya udang Lipan dik?" "udang Lipan. adakah.Tak pernah dengar pun, tak pernah jumpa kena jual?" "ada, ada jual tapi jarang lah.susah nak jumpa." "ohh..sedap ke....?"banyak betul aku nak tanya .."dear, ling nak try lah.."aku tanya pendapat my dear. "up to you.." jawabnya,turut tertarik melihat spesis udang Lipan ni.  Aku bukan apa. Macam best pula nak try sesuatu yang baru. Kalau tak boleh makan tak kan dia jua...
20/10/2013 Sekadar peringatan kat aku bahawa seseorang yang amat penting pada aku berpindah rumah pergi jauh. Dan aku mengharapkan masih ada pertemuan dan kasih sayang dia antara kami. Sedih pula dah.

Raya AidilAdha Ku...

Salam Sejahtera.  Aku baru balik dari bertemu rakan. Seorang rakan yang aku senangi. Mudah-mudahan  persahabatan ini  berpanjangan . Hari ini Hari Raya Aidliadha. Ya..walaupun ada isu yang membangkitkan rasa sakit hati namun bukan kerana itu kita harus membenci. Yang aku benci adalah mereka yang membuat isu ini. Syukur puji Tuhan dalam kesakitan, kesulitan sebagai manusia perasaan marah ada tapi aku memilih damai.  Aku berkunjung ke rumah teman atas jemputan.  Fuh...aku pergi beraya.  Katanya dia rindu dan ingin jumpa.  Dia sebelum ini rakan kerja tapi berlainan office, aku office atas dia office kat bawah. Berusia 3 tahun muda dari aku. Dia sekarang dah sambung study kat sebuah University di Kedah. Jadi kesempatan ini lah untuk berjumpa bila dia balik beraya. Aku dilayan baik dan semua ahli keluarganya sporting dan amat menyenangkan.  Semoga kalau ada kesempatan boleh berjumpa lagi. # Inilah cerita Hari Raya Aidiladha saya:...

cerita Nasi Arab

Pengalaman pertama aku makan Nasi Arab, kat Dataran Nilai. Name premis tu "Nasi Arab Marhaban Bikum" *kalau korang perasan kat white board belakang  adalah menu dorang yang special  tersebut (mungkin) dalam tulisan jawi.  Aku sebenarnya tidak berminat pun nak makan tapi memandangkan my dear membawa, kata nak bagi aku rasa , ok..aku on je. Lagi pun aku pun tak pernah rasa. Bukan apa. Aku tak nak ambil risiko makan makanan yang aku tak minat. Nanti membazir je kan. Bila ke na bagi Menu book aku terkejut sebab menu pun dalam tulisan jawi.  "Camne nak order ni.."  "Kenape?" tanya my dear. "mana orang mengerti.Tulisan jawi.." "Ye ke..."my dear ambil menu dan tengok pastu menerangkan kepada aku maksudnya. Angguk-angguk je lah. "Dear order lah..tak reti.." suruhku. Kami ambil set, so dapat sekali dengan air rozel.  Macam air ribena pula ye.  Selepas pengalaman pertama makan makanan arab, aku ...

MY DREAMS

Tiba-tiba bermain di minda tentang sesuatu. Impian dulu kala 1. Penulis dulu aku darjah 6..aku suka menulis..tulis novel cinta. Imaginasi kuat betul..sampai orang yang baca cakap..ui..ko tulis ni cerita macam ko ada pengalaman bersinta oohh..tp selalu hangat2 tahi ayam..separuh jalan..pastu idea lain datang dah lupa sambung cerita yang sebelumnya.. 2. Band aku teringat kecik2 dulu dady aku selalu main band dgn adik beradik dia..pastu aku membesar bersama uncle yang muda..aku suka melihat dia bemain gitar..lalu aku pun cakap dengan dady.."di, ajar aku main gitar.." dady cakap belajar sendiri, saya dulu pun belajar sendiri..lalu aku belajar dengan uncle..separuhnya aku sendiri..terasa champion pula..tali gitar 1 & 6 putus..aku adjust, 4 tali pun boleh jalan..dapat cari cord & berlagu..Lalu aku memasang impian membuat band.Tambahan lagi dady ada set drumm..dady sempat membuka jamming room sekejap..lagi lah kuat aku ingin capai impian tu. aku ingin me...

Jambatan Kuala Penyu

Jambatan Sungai Sitompok KUALA PENYU 27 DISEMEBR 2011 Majlis pencantuman jambatan sitompok antara bahagian kampung seberang dan bahagian pekan Kuala Penyu telah disempurnakan pada jam lebihkurang  11 pagi. Perkara bersajarah ini telah disaksikan oleh John Teo Mau Sing ,Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kuala Penyu, Edmund Teo, Pegawai Daerah Kuala Penyu, Jurutera-jurutera dari  Ibu Pejabat JKR Kota Kinabalu, Jurutera-jurutera dari  Innovatif Jurutera Perunding sdn Bhd. Jurutera-jurutera dari Pembinaan Azam Jaya Sdn. Bhd. Ketua-ketua Jabatan dari Daerah Kuala Penyu, Kakitangan-kakitangan Kerajaan Daerah Kuala Penyu , pemimpin-pemimpin tempatan dan juga orang-orang awam yang ingin menyaksikan kerja-kerja pencantuman tebing timur dan tebing barat sungai sitompok. Jambatan ini akan dijangka dapat digunakan pada akhir bulan Februari 2012 menelan belanja sebanyak RM59,655,880.70. Jarak dari bulatan Kuala Penyu ke palu-...