Sagu dikenali juga di dalam bahasa Dusun Tatana sebagai Pinantung dan bahasa Brunai sebagai ambuyat. Tepung sagu yang diperoleh dari pokok rumbia diproses untuk mendapatkan sagunya. Untuk membuat Pinantung, tepung sagu dalam kuantiti yang sederhana (bergantung kepada tahap kelaparan dan kerinduan terhadap makanan tradisi ini) dibubuh di dalam be sen kecil dan dicampurkan dengan sedikit air serta digaul rata. Seterusnya air yang mendidih dituangkan ke dalam besen yang berisi tepung sagu yang dilarutkan dengan sedikit air tadi. Dengan suhu kepanasan air yang mendidih, pinantung akhirnya berjaya diproses. Pinantung perlu dimakan dengan menggunakan sumpit. Sumpit adalah sejenis penyepit diperbuat daripada pelepah rumbia yang berbentuk "V". Selain daripada sumpit garpu juga boleh digunakan. Walau bagaimanapun, ada baiknya penggunaan sumpit digalakkan kerana, biarlah cara tradisi dilayan dengan alat tradisional. Pinantung perlu di"sungkil"(proses menggunakan sumpi
" All people have lots of ways to tell stories, and have a different story to tell" Semua orang punya banyak cara untuk bercerita, dan memiliki cerita yang berbeda pula untuk menceritakannya."