Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2013

Aku bertanya pada Tuhan

Saat aku mulai mencintai seseorang, aku ditinggalkan… Saat aku sangat mengharapkannya, dia menghilang… Ketika aku mulai merasakan bahagia, aku dicampakkan… Ketika aku sangat memerlukannya, dia memilih yang lain… Aku bertanya pada Tuhan: “Ya Tuhan.. Kenapa semua yang aku inginkan tidak aku miliki??” Tuhan Menjawab: “… kerana kamu tidak pernah merasa yakin memilikinya.” Aku Kembali Bertanya: “.. tapi mengapa pada saat aku bahagia dia meninggalkanku?” Jawab Tuhan: “.. kerana kamu tidak pernah memahami apakah dia bahagia bersamamu.” “Aku tidak akan memberikan pasangan yang baik untukmu, jika kamu masih kasar.” “Aku tidak akan memberikan pasangan yang setia untukmu, di saat kamu selalu mencari yang terbaik.” “Aku tidak akan menganugerahkan seseorang yang sabar bagimu sedangkan kamu masih ego.” “Aku akan memberikan pasangan yang sesuai untukmu, maka perbaikilah dirimu sesuai dengan apa yang kamu inginkan dari pasangan hidupmu.”

Bulan puasa yang semakin dekat

sedar tak sedar...masa begitu cepat berlalu..dua bulan lagi hari raya..bulan sebelumnya hari puasa.. cik abang dah pesan.. bulan puasa ni dia tak dapat datang jumpa aku sebulan... aku tanya , kenapa pula kan sampai macam tu... dan sambungnya menlainkan aku puasa... hahaha... siapa kat aku tak mampu puasa.. dia tak tahu aku berpuasa tahun yang lepas sampai akhir... yela..aku puasa 15 har je lah..start tengah-tenagh bulan je.. dengan dimulakan saja2 @suka2 akhirnya aku dapat berpuasa dengan betul2 sampai hari terakhir..opss..hari terakhir tak puasa dah...tapi betul2 yang bukan sekadar menahan lapar dan dahaga... hari pertama dan kedua memang prestasi kerja merundum sekejap sebab mengantuk gile.Apa taknya..kena bangun awal pastu sambung tido.Erm..biasalah bila dah sambung tido tu lah yang nak terus tido jer sepanjang hari ..tapi kena bangun juga bila on time nak pergi kerja. Lelama dah ok sikit..siap tak bangun sahur pun ada juga sebab tak terjaga. Tapi akhirnya jaga pagi2

Pencen buat selama-lamanya...

Aku  mendapat berita yang mengejutkan, sedih di mana seorang veteren,  yang sempat menjadi rakan sekerja aku selama 4 bulan iaitu Abang Muz pergi meninggalkan dunia. Baru minggu lepasnya dia di masukkan hospital..dan selang sehari dia pergi meninggalkan semua orang.. Aku sudah lama pergi dari office itu..tapi masih mengikuti perkembangan office sebab cik abang aku masih bekerja di sana... Abang Muz sudah berumur..dengar kata dia sepatutnya pencen tahun ini tapi atas permintaan bos...dia sambung lagi kerana dia memang orang harapan office. Dia saja yang tahu handle hal-hal korporat.... menurut cerita lagi...minggu sebelum di masukkan hospital dia kata dia sakit-sakit dada macam rasa nak mati je..pastu asyik cerita pasal mati. Tentang betapa mudahnya ketika abangnya  meninggal. Rakan se office lain pun tegur lah, supaya tak cakap macam tu kan. Sedar tak sedar dan dalam masa yang singkat dia dah di masukan ke hospital. Cik abang mesej nak ajak aku pergi melawat kerana dengar kat

khasiat bawang putih..

Nahh..ada orang yang tidak suka  pada bawang putih kerana bau dan rasanya. Mungkin mereka harus tahu khasiat bawang putih yang sebenarnya APAPUN masakan kalau anda tak letak bawang putih, selalunya tak sedap. Betul? Anda yang memasak mesti selalu menggunakan bahan ini dalam masakan-masakan anda. Jadi, elok rasanya saya kongsikan rahsia-rahsia di sebalik pemakanan bawang putih ni. Banyak sebenarnya khasiatnya. 1. Mengurangkan risiko strok. Bawang putih akan merangsang penghasilan nitric oxide pada dinding saluran darah. Ini akan membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok. 2. Mengurangkan risiko kanser. Bawang putih kaya dengan bahan antioksidan seperti selenium yang membantu mengurangkan free radical di dalam darah. Ini akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser. 3. Anti bakteria dan antivirus. Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak s

Cara nak cover malu....

Sekadar nak kongsi je ..  ni haa~ Cara-cara nak cover perasaan malu : 1. Kalo tersepak batu : Jangan terus bangun, sebaliknya anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai, lepas tu baru bangun bila takde orang nampak. 2. Kalo terjatuh beskal : cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak. 3. Kalo terjatuh tangga : terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus. 4. Kalo terjatuh dalam longkang : kutiplah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan. 5. Kalo jatuh ketika nak naik bas : jeritlah kuat-kuat "oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di blakang anda. 6. Kalo terjatuh di depan bus stop : terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda. kalo takde, baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu, haa..